Infiniti kasih menjelma dalam khayalan hidup seorang hamba.Pelbagai reaksi aku terima dari pelbagai jenis dan spesis manusia.Ada yang positif ada yang negatif.Tetapi inilah adat hidup bersahabat,yang baik ku jelmakan yang kurang ajar ku pendam menjadi pengajaran dan batasan agar aku tidak lagi tersasar.Infiniti kasih ini..tiada penghujungNya sebagai bukti Tuhan Maha esa itu Maha pengasih dan penyayang.Atas dasar ini aku mula menulis satu kisah hidup untuk dikongsi bersama.Perjalanan seorang hamba hina lagi kerdil diatas bahtera cinta di bumi anbiya’ yang dasarnya terdapat aliran darah syuhada’.malu memikirkan hal ini.Namum kembara ilmu cinta ini harus aku teruskan harus aku nyalakan.Susah untuk aku bicara soal hati dan perasaan tatkala ini.kerna sifat semula jadi hamba adalah dosa dan noda.Dosa dan noda yang terlanjur mungkin bisa diampun tuhan maha pengampun.Kagum aku dengan bicara aku bersama teman lama..
Teman “di..ko rasakan..kenapa pas umat islam diazab di neraka..Allah akan masukkan jugak kita kat dalam syurga..??”
Aku “eerrrrmmm..(dengan kejahilan aku cuba menjawab)mungkin tu bukti Allah bersifat penyayang..sehina mana pon manusia nie Allah tetap saying..tapi jgn la ko minta kita msk neraka dulu..nnt dah hitam malu nk msk syurga!!” kah!kah!kah!
gelak kami keseronokan tapi jiwa tatkala itu masih kosong dengan erti rasa bertuhan(ya Allah amponkan aku)Berbalik soal tajuk infinitikasih…kasih manusia cinta Allah!! Itu matlamatnya..teringat aku kepada kempen biah solehah yang kini makin dihangatkan.tema yang cukup cantik untuk dihayati dengan hati dan iman.. “Bergandingan Ke Syurga” Wahh!!! Cantik tema nie..bersama siapa aku nak bergandingan ke syurga???satu persoalan perit untuk dijawab.Oleh itu satu gerak kerja yang infinitiNya (tiada penghujung) kasih itu perlu digerakkan.Teringat aku pada cerita KCB..apa yang aku dapat bukan khayalan cinta annaaltafunnisa’ bersama Abdullah azzam.tetapi satu konklusi besar ialah Allah itu Maha cinta..DIA berhak memberi apa yang dirancangnya sesuai walaupun manusia sudah tidak harapkan.itu HAK ALLAH!!!
Mungkin dalam kalangan kita ada yang masih dalam buaian khayalan cinta ayat-ayat cinta.Dulu aku tertanya-tanya ada apa dengan cerita nie sampai smua org gila2kanNya..termasuk kawan2 aku laki mahupon akhwatnya..bila sekali aku tengak..Pap!!! memang menyentuh perasaan tetapi bukan kerana cinta fahri dan maria..tetapi kerana kealpaan fahri tatkala dipenjara..kata-kata teman kamarnya.. “Allah sedang menguji kesabaran dan keikhlasan mu fahri!!!!”sedang masa itu fahri lupa akan janji tuhan maha cinta..
Banyak sungguh tanda2 bahawa kasih dan sayang itu adalah fitrah yang takkan putus dari diri manusia.Seorang hamba yang aku kagumi pernah berpesan dalam madah kataNya.. “Cinta itu biarlah bersederhana..adam perlukan hawa untuk bina kekuatan cinta yang akhirnya bisa membina tamadun manusia!!” Seorang teman yang aku kagum dengan kata-katanya.
Cinta yang membina..cinta juga sering menghancurkan..tetapi apa yang pasti ia akan terus sebati dalam diri kita keakhirnya..bajai cinta dengan taqwa dan iman.itu formula utama.iAllah
No comments:
Post a Comment