Sunday, December 16, 2012

AKU INGIN DIORENTASI SEMULA DI IDRISIAH !!

(Gambar Tahun 2008)

1922 - 2012 : 90 Tahun Idrisiah berdiri atas tanah wakaf.

Alhamdulillah, rasa hari ini baru selesai orentasi 40 hari ketika di tingkatan 1 (2004) yang lalu. Pengalaman kali pertama berjauhan dari ayah ibu, tidak dibenar bertemu malah membuat panggilan telefon dahulu itu masih kekal segar dalam ingatan. Hari ini ingatan itu disegarkan kembali dalam satu pertemuan santai anak bumi wakaf Madrasah Idrisiah di Jordan. Kedatangan Mudir Madrasah, Ust Khairul Anwar El Syazali  bersama rombongan Majlis Belia Malaysia mengubat banyak kerinduan kepada keluarga besar Madrasah Idrisiah. 

" Ana sangat berharap..dimana pon kita berada.. Muslim Nomratul Wahidah ! Inilah agenda kita kearah 100 tahun Idrisiah tahun 2022 "

Kata-kata rangsangan Ustaz mengingatkan aku pada Signbord " Muslim Nomratul Wahidah " (bertulis arab) yang masih kekal utuh  tergantung di bangunan Induk sejak berzaman.

Pertemuan semalam juga mengingatkan saya balik pada adik-adik Idrisiah yang baru datang. Bacth 2007-2011. Mereka antara adik-adik yang bersama berjuang bersama saya ditahun 2008 terutama yang berjawatan Jama'atur Ruasa' (pengawas) , MPMI (Majlis Pelajar) dan BPM. Seingat saya pada tahun itu,kali pertama pelajar tingkatan dua dipilih sama sebagai MP/JR. Maka melihat seorang demi seorang mereka, sangat mengingatkan saya pada ceria tarbiyah di sana ketika saya budak-budak dahulu.


(Antara teman-teman yang hadir mengimbau kenangan)
(Adik kakak Idrisiah, Bacth saya,seorang pon tiada)

Kami semua berkumpul di sebuah restoran masakan yaman di Amman Jordan. Makanan ringas seperti roti canai Yaman bersama teh susu berjaya bertahan selama 3 jam sepanjang sesi perbualan kami bersama ustaz. Suasana Idrisiah itu masih segar wujud. Terbukti hanya dengan panggilan gelaran Aie (baca Akhi) dan Ut (baca Ukhti) sejak bermula orentasi 40 tingkatan 1.Walaupon setelah bertahun tinggalkan Idrisiah. Ia tetap utuh dipraktikan.

(Duduk begini mengingatkan usrah saya dahulu bernaqibkan
Ust Khairul Anwar el Syazali di tingkatan 4. Dengan menggunakan
silibus buku pelajar berkulit biru tua itu kami di didik)



(kalau dengan pelajar puteri,saya hanya sewaktu mesyuarat MP/JR
sahaja akan duduk semeja)

Banyak hal perkara yang ust sampaikan, dari kalam taujihat, pergi kepada pekembangan Mad.Idrisiah sehingga kepada harapan dan cadangan-cadangan projek bersama alumni dalam membangunkan bumi wakafan Idrisiah dibicarakan. Tatkala ust menceritakan satu-satu pekembangan Idrisiah, otak minda saya membayangkan setiap lorong bahagian bumi Idrisiah. Kenangan dahulu ada manis dimulut. ada pahit dilidah, Namun hakikatnya ia telah menyihat dan mendewasakan saya dengan izinNya.

(perbincangan dan sembang santai bersama murabbi)

Tepat jam 1 pagi kami selesai di meja makan. Namun ustaz terus-terusan menyampaikan pesan amanat nasihat agar kami berjaya dunia akhirat dan kembali bersama dalam proses peng'kader'an semula 'Syabab' yang bersifat glokal. Ustaz juga bertanyakan khabar setiap dari kami dan sedia membantu jika hadapi apa jua masalah. Alhamdulillah, saya rasa, saya bukan alumni Mad.Idrisiah, tetapi saya masih pelajar Idrisiah yang hanya keluar sementara mencari ilmu..Tarbiyah,didikan bantuan bimbingan itu tetap berterusan walaupon saya ada sijil tamat belajar dari Mad.Idrisiah.

Saya memohon ampun dan maaf kepada teman-teman dari mafraq dan Mu'tah kerana gagal untuk menyusun kehadiran antum bersama. Ini adalah dek kerana kekangan masa di saat akhir. InsyaAllah doakan hajat Ustaz untuk membawa guru-guru dan mungkin pelajar harapan sekolah ke sini menjadi kenyataan. InsyaAllah. Hanya hadiah gambar ini yang bisa saya sampaikan kepada kawan-kawan sekalian.

Duduk dari kiri : Fazrul, Badrul Naim, Ust Khairul Anwar, Saya, Adzmin
Berdiri dari kiri : Ut Nadiah, Syafiqah Najwa,Afifah,Khadijah,Ut Siti Hafizah,Syazwani, Afirah.


Rindu Tarbiyah dibumi wakafan
Bayu pagi menyelimut kubah Ubudiah
Rindu bersama kawan sahabat  teman
Guru-guru murabbi di mad.Idrisiah
















No comments:

Post a Comment