Saturday, January 23, 2010

Ketika Cinta Bertasbih 2



Synopsis
:
Lulus S-1 dari sebuah perguruan tinggi yang memiliki pengaruh wibawa "kealiman", tidak menyebabkan Azzam mendapat kemudahan dalam segala urusan. Dia bahkan gamang untuk mendapatkan pekerjaanyang pas. Belum lagi cibiran tetangga yang mengira bahwa lulusan Al-Azhar University otomatis menjadi kiyahi, atau ulama besar. Itu kenapa sang ibu menjadi gelisah, bahkan menyuruh adik Azzam, Husna untuk mencarikan pekerjaan, apa sajayang penting asal kesannya bekerja, keluar dari rumah. Dengan latar belakang pengalaman berwirausaha selama di Mesir, Azzam pun tidak patah semangat untuk membangun usahanya sendiri. Tetapi bagaimana dengan menikah, halyang selalu disinggung oleh ibunya

Wanita yang ia dambakan, Anna Althafunnisa telah dipinang sahabatnya sendiri. Sedangkan dengan Eliana yang jelas-jelas menaruh hati padanya belum bisa ia terima, karena ia masih mendambakan wanita muslimah. Azzam pun berusaha mencari tambatan hatinya, walaupun cukup banyak hambatanyang ia hadapi, yang kemudian membuatnya hampir putus asa. Bagaimanakah kelanjutan perjalanan cinta dan hidup Azzam? Lalu bagaimana nasib pernikahan Anna & Furqon, mengingat Furqon masih menyimpan rahasia besar dalam hidupnya? Akankah Eliana tergerak hatinya untuk menjadi wanita muslimah seutuhnya dan mendapatkancinta Azzam?

Genre:
Drama | Agama


Download Link:
(AVI 1.17 GB)
part 1 - http://www.mediafire.com/download.php?nknlxemxgod
part 2 - http://www.mediafire.com/download.php?iebruh4nndn
part 3 - http://www.mediafire.com/download.php?nzglduwnzz1
part 4 - http://www.mediafire.com/download.php?nzjngqmtmwl
part 5 - http://www.mediafire.com/download.php?o54edzujjmy
part 6 - http://www.mediafire.com/download.php?tyyhmmnz1hm
part 7 - http://www.mediafire.com/download.php?dmxmndontmy
or
part 1 - http://www.megaupload.com/?d=410IF3R8
part 2 - http://www.megaupload.com/?d=5VHQCS1V
part 3 - http://www.megaupload.com/?d=SD4EOAQ0
part 4 - http://www.megaupload.com/?d=BWKZW0B3
part 5 - http://www.megaupload.com/?d=4GRXR1XX
part 6 - http://www.megaupload.com/?d=EZ2IRFK0
part 7 - http://www.megaupload.com/?d=5OG00JN8
*password=www.downloadbox.org
or
(RMVB 360 MB)
part 1 - http://www.mediafire.com/?zdiejwztukc
part 2 - http://www.mediafire.com/?tgl2mzwmfjo
part 3 - http://www.mediafire.com/?4zmzg50e5w2
part 4 - http://www.mediafire.com/?n5zm4ztwzti
or
(MKV 455 MB)
http://www.kraetiv.net/2010/01/ketika-cinta-bertasbih-2-2009-mkv.html

You Might Also Like:
Ketika Cinta Bertasbih 1: http://music-sdrkamil.blogspot.com/2009/11/ketika-cinta-bertasbih-dvdrip-2009-avi.html
Album OST Ketika Cinta Bertasbih: http://music-sdrkamil.blogspot.com/2009/06/va-ost-ketika-cinta-bertasbih-2009-full.html

*just perkongsian utk sahabat-sahabat

Tuesday, January 19, 2010

MONOLOG SEORANG PEJUANG


(Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini… dan juga isteri-isteri pejuang… serta bakal isteri seorang pejuang)

Temanku

Apabila kusentuh telapak tanganmu...

Kuusap-usap, ianya semakin kasar dan keras...

Apabila kurenung wajahmu...

Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...

Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat...

Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing...

Aku terpana dek munajatmu yang syahdu...

Temanku...

Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...

Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka...

Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu...

Hanyasaya untuk Islam...

Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...

Pelbagai hiasan yang indah...

Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barangan kemas...

Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...

Wajah mereka dipalit dengan pelbagai warna dan jenama...

Kau umpama ladang ummah...

Kau menginfa’kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam...

Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba...

Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama...

Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...

Temanku...

Bukan aku tidak mampu membelikan barangan dan hiasan-hiasan tersebut...

Tetapi Temanku...

Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku...

Kau melafazkan, “Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat...”

Aku termangu sendirian...

Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu satukah? Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewelkah? Barangan kulit Boniakah? Perabot mahal dari Italikah?...

Atau honeymoon di kota Pariskah?...

Katakan... aku mampu memberikan...

Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...

Akhirnya...

Arghh.. permintaan itu...

Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...

Aku tergamam serta kelu...

Dengan penuh keyakinan kau berkata...

“Saudara, mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri kedua saudara?...

Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?...

Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam meleihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?...

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu Temanku...

Namun aku menerima syarat-syarat itu kerana aku tahu....

Jiwamu kosong dari syurga dunia...

Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu

Bukannya kau yang diubah oleh dunia

Temanku..

Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...

Susah senang kita tempuh bersama

Aku terharu dengan sega;a kebaikanmu

Kau jaga akhlakmu..

Kau pelihara maruahmu sebagai muslimah

Kau takl pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang Islam ke persada agung

Kau juga sanggup menyekang mata mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu taktala aku pulang lewat malam....

Malah kau seringkali meniup semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini...

Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dari haruman kemenangan

Temanku...

Tangkasnya engkau selaku suri...

Biarpun kau sibuk bersama mengembleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku...

Kau jaga teratak kita dengan indahnya..

Kau sirami dengan wangian cinta dan kasih sayang...

Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu...

Cekalnya engkau mendidik anak-anak...

Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, ahlul bait serta para pejuang islam..

Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullha...

Kau asuh mereka membaca al-Quran

Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelangnya peperiksaan...

Temanku...

Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Ulama' silam...

Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...

Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada...

Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi Islam...

SEPERTIMU... WAHAI ISTERIKU...

Wallahua’lam

(email yang dikirimkan oleh seorang sahabatku di Yaman..semua mengimpikan seorang yang indah dalam kehidupan..i.Allah moga kita mendapat yang terbaik dalam rehlah ilmiah ini)

Saturday, January 16, 2010






Perjuangan ini bukan satu mainan
tetepi memerlukan kesatuan

infiniti jiwa dan hati
mengikat kejayaan
"Wehdatul Fiqh & Wehdatul Amal"

Perlu digerakkan
Bukan slogan menjadi taruhan
keikhlasan diri dan hati
menjadi persoalan

semua ingin mejadi pemimpin dan penganjur
adakah mereka sedar kerelaan itu bukan diminta
tapi diberi Ayuh!!
Bangunlah bersama kita
Mahasiswa Islam Jordan
ilmu didada jangan dibalah

bersatu hati dan jiwa
menyerap semangat Mahasiswa ditanah air
kita adalah MAHASISWA ISLAM
Semarakkan biah ilmiah Islamiah
agar generasi mendatang tidak mempersoal

siapa yang mulakan penghinaan ini menjadi kemuliaan
kita generasi tajdid
kita generasi islahiah
Moga Kekuatan ini dijelma ke dunia realiti
antara aku dan aku
antara aku dan kamu
kita BERSAMA!!

Jamiah Ahlil Bayt Mafraq

Friday, January 15, 2010


ku lipat kenangan indah itu
membawa ke langit biru
ku lepaskan segala dari kalbu
yang keras membeku

Tiba di satu saat itu
aku menjadi sunyi dan rindu
kenangan itu datang bertalu
membawa aku mengenangmu

persatuan itu satu misteri
mengikat hati dan diri
bersama dalam medan ini
hingga ke akhir kita selami



Jika hati ini sepi...
meriahkanlah dengan hidayahmu
jika hati ini hina
Muliakanlah dengan agamamu
jika hati ini berdusta
Benarkan dengan wahyumu
jika aku berdosa
ampunkan dengan keampunanmu..
jika diri ini dibenci..
sukakanlah dengan izinmu
jika di kesusahan ini ada redhamu..
Biarkan aku kekal dalamNya..
Ya Allah...

Ikhlaskan aku dalam penulisan ini

Cinta Ku Tulis..Agar mereka sedar..

Tiada kata seindah rupa jika nawaituNya sehina nanah.Menjadi seorang hakim tu kadang kala lebih mudah daripada menjadi seorang dai'e yang berjuang di tanah gersang jordan ini.Tetapi kesenangan itu lah yang telah membawa perpecahan kepada sahabat kita disini.manusia suka menghukum manusia walaupon tiada prosiding mahkamah dilaksanakan.kesan yang amat mendalam dalam jiwa kita ialah kita mula berburuk sangka terhadap DIA yang mungkin ada cacatNya.tapi layakkah kecacatan itu dihukum.siapa kita untuk menghukum? John Mc'chuli dalam buah akalNya Law in my life mengatakan "aku seorang Hakim yang bukan menghukum tapi menasihati dan berharap kepada kebaikan" Bagaimana seorang Hakim sivil mampu berfikir sedemikian inikan kita sarjana muda timur tengah sanggup menabur fitnah dan berburuk sangka..Lupakah kita pada MainOrder Allah SWT dalam kitabnya Al Hujuraat : 12.

Mengapa perlu hal bilik dibawa keluar semata2 untuk memperolehi saham dan buah bicara sesama kita..menjaga tepi kain manusia itu perlu..Hanya dalam kain saja jangan dok kalut. sahabat-sahabat sekalian..kita masih jauh dalam lautan ilmu ini.janganlah kita lemas dalam ombak hasil ciptaan orentalis itu..kita makin lemah dibius biah jahiliah ini.Sultan Muhammad AL Fateh pernah berpesan kepada askarNya yang jauh lebih tuan dari diriNya..dalam keadaan genting itu,tatkala bibik-bibik pembebasan kota Constaintinople daripada kerakusan puak zalim,Beliau berkata "Andai kamu sedar sudah tercicir daripada landasan matlmat ini..kembalilah kamu kepada persatuan ini (jemaah Islamiah).." Jelas akhirnya formula ini berjaya dengan izin Allah.Mengapa kita perlu buta dalam menilai pengajaran sejarah yang infinitiNya penuh dengan nilai ketamadunan yang diredhai..Kesedaran invidualisme itu penting tetapi kesedaran itu perlu diikan bersama satu kesatuan ummah..Paderi Buhaira dan samuel juga sedar akan wahyu yang akan turun ke sekalian alam pada tahun gajah itu.Tapi kesedaran itu hanya bersifat invidualisme yang akhirNya samuel lari ke dalam gua di Yaman dan Buhaira bertapa keseorangan di Busra..KesanNya kesedaran itu tidak sekukuh Kaabah Baitullah. AkhirNya Wahyu diturunkan kepada Nabi tercinta Muhammad B Abdullah yg kisahNya bermula atas kesedaran baginda pada kejahilan ummat arab jahilliah. Baginda turun ke lubang kejahilan itu.menarik keluar kuarga terdekat dan sahabat tercinta.Yang akhirNya membina satu Persatuan yang berjaya menutup lubang kejahilan..Itulah kekuatan kesedaran yang diikat dengan Ukhwah..

Sahabat-sahabat sekalian..tatkala pencacian itu sedang rancak terhadap nabi Muhammad.Baginda tidak pernah menghukum arab jahiliah itu sebagai manusia yang hina.Tidak pula tercatit dalam lembaran sejarah baginda memboikot persatuan arab jahiliah itu..Malahan baginda sering bermunajat dan berdoa agar mereka sedar dan kembali kepada persatuan yang membawa kebaikan.Oleh itu wajar kita sebagai mahasiswa mengahayati dan memahami wasilah perjuangan baginda.Mengapa perlu diboikot? Mengapa perlu mencari dan memperbesar salah orang lain..? mengapa perlu diprovok dengan kecacatan manusia?sedarlah!!! Palestina di sebelah terus masih di hina oleh musuh Allah..sedang kita menghina saudara sendiri dengan tomahan dan fitnah..bersatulah dengan fikrah dan amal kita..Moga kita berjaya menjadi Mahasiswa Penggerak Darul Islamiah..aku bercakap untuk aku dan kamu!!!

Ahlil Bayt University
Mafraq Jordan