PETA yang dilakar setahun sebelum kejatuhan kerajaan Islam Melaka mengambarkan ketamadunan Kerajaan Islam Melaka
Umpama bentuk meriam bedilan
500 tahun yang lalu,Sejarah telah mengukir kisah lagenda kegemilangan sebuah empayar yang tiada tandingan di rantau asia tenggara k
hususnya. Pengkisahan yang sungguh tragis berdasarkan buku teks sekolah amat membosankan telah membuatkan aku tertanya-tanya “ini dongengan atau benar satu lagenda” .Tepat jam 12 malam langkahan pertama ke tahun 2011,aku mengenangkan MELAKA. 500 tahun sudah tumpahan darah itu mengalir membasahi selatnya.dan dalam tempoh 500 ini juga Kerajaan Islam Melaka senasib Andalus Granada dan C
ordova.Mungkin Jiwa islam itu telah kembali namum ruhNya seolah-olah mati tidak berkubur.500 tahun kerajaan Islam Melaka tumbang tidak bangun menongkah langit. Atas indikasi ini aku tertarik melihat “Kota Melaka” dari luar perspektif buku teks dan meletakan keadilan atas pengkajian ini.Pertama! kita harus yakin Kerajaan Melaka bukan kerajaan melayu semata-mata kerana bangsa melayu mula dikenali sekitar abad ke 14.Dan sebelum itu sudah pasti kerajaan-kerajaan kedah tua srivijaya dan lain-lain mendemonasi Asia tenggara sebelum terbukanya kota Melaka atas langkahan awal P
arameswara.Aku lebih cenderung meletakkan Melaka Sebagai kerajaan Islam sebaris sehaluan dengan Kerajaan Islam Konstantinople [Istanbul] mahupon Bandar Usahawan Damsyik dan Kota Ilmu Baghdad. Percayalah,Melaka adalah Duta Islam Asia Tenggara di bawah kedaulatan Kerajaan Islam Uthmaniah.Tidak hairanlah mengikut satu dokumentari yang pernah di bawakan menunjukkan tanda-tanda lawatan ziarah mahabbah Laksamana Ibnu Batutah ke Kota Islam
Bangunan Berkubah ini melambangkan kegemilangan ISLAM di zaman Kerajaan Islam Melaka
Kita melihat kembali rentetan pensejarahan kota Melaka ini.Walaupon ada pelbagai pandangan mengenai siapa pendakwah yang datang membawa sinar islam [dengan izin Allah].Ada yang mengatakan syiah kerana mengaitkan dengan tongkat Ali dan Kacip Fatimah mahupon kisah cinta penuh tragis antara Tun Fatimah dan Tun Ali.Ada yang mengatakan golongan sufi dan sebagaiNya. Namun apa yang paling penting ialah Islam sudah bertapak ke Melaka.Berdasarkan satu catitan yang menunjukan Syeikh Maulana Abd Aziz dikatakan menjadi penasihat khas Agama diraja atau Mufti Kerajaan islam Melaka,Ini membuktikan Islam adalah agama bagi Kerajaan Melaka.Ditambah dengan perundangan Islam yang di amalkan menguatkan lagi hujah Kota Melaka adalah kerajaan Islam.Imam Abu hanifah ada memberikan pandangan dalam kitab Badai as-Sanai karangan Syeikh Abu Bakar b Mas’ud b Ahmad Al-Kasani Ala’udin “Berkata Imam Abu Hanifah : Sesungguhnya Negara Islam tidak akan menjadi Negara kufur melainkan ada 3 syarat ,Pertama : Tertegaknya undang-undang kufur [selain Islam],Kedua : Negara itu terpengaruh dengan Negara kufur, Ketiga : orang Islam dan Kafir Zimmi tidak mendapat keamanan “ maka ini menjelaskan satu autoriti bagi aku untuk mengkaji dan melihat Konsep Pensejarahan Kerajaan Islam dan kaitannya dengan isu siasah islamiah sempena genap 500 tahun kejatuhanNya! 1511 -2011.
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
ReplyDeletesalam,melaka adalah salahsatu wilayah jajahan( propinsi )kekhalifahan/kerajaan ustmaniyah(istanbul)abad 14,melaka diangkat sebagai wakil(wali)khalifah/kerajaan islam Nusantara pusat pemerintahan ditimur nusantara dimana pusatnya berpusat diistanbul(ibu negara islam)era pemerintahan sultan murad 2 dan Sultan muhammad al fatih,tetapi melaka tak bertahan lama hanya 100tahun lebih memerintah dicabul partugis..kesinambungan lanjutan Demak diangkat pula (robohnya kota melaka ,papan dijawa kami dirikan)sebagai kekhalifahan demak selepas jatuhnya melaka.segala urusan pengurusan negara berpindah ke demak..disitulah lahirnya raden fatah dan 9 wali/gabenor(wakil 9 wilayah jajahan demak)..istilah sultan/sunan datangnya dari kerajaan ustmaniyah yang mana pemimpin digelar sultan ..
ReplyDelete