MALAYSIAKINI dan lain-lain akhbar harian melaporkan berkaitan isu “kehadiran Dr Mariah Mahmud” seorang wakil rakyat [Parlimen Kota Raja] dan AJK Pas Pusat ke Majlis membakar novel Interlok
hasil karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain di dewan Sentosa,Majlis Pembandaran Klang.Terdapat banyak ulasan dan kritikan diberikan yang ada berbaur politik jahat dan ada yang memberi pandangan secara pukul rata. Namun aku melihat ini sebagai satu bimbingan masyarakat yang akan menghormati pimpinan yang dilantik.mengikut KronologiNya, YB Dr Mariah dijemput oleh puak-puak anti-Interlok ke Majlis itu sebagai satu kebersamaan menghadapi kegelisahan rakyat yang dipilihnya. Dan kehadiran Dr Mariah ke majlis
itu bagi aku TEPAT.Aku harus melihat bahawa YB ini merupakan orang yang berkhidmat untuk rakyat.Bukan hanya bersama rakyat tatkala rakyat dalam kegembiraan semata-mata atau ketika rakyat derita tetapi ada agenda turun ke gelangan membawa politik murahan.Jemputan kepada YB Dr Mariah yang juga dari Parti ISLAM seMalaysia [PAS] ke majlis itu yang kesemuaNya masyarakat India adalah satu tanda keterbukaan ISLAM dalam memimpin.Bukan saja pandai bercakap berkaitan ISLAM didalam masjid mahupon hanya hadir ke Majlis-majlis kebesaran umat Islam.tetapi apabila ada rintihan kaum India dan cina,Pemimpin islam ini terus hadir membawa misi dan visi kepimpinan Rabbaniah.
Aku teringat kepada sirah nabawiah tatkala Rasulullah sedang duduk bersama sahabat di suatu hari,tiba-tiba melintas satu rombongan manusia beragama yahudi membawa keranda berisi mayat.Lalu rasulullah bangun sebagai lambing menghormati rombongan itu.Maka jelas di sini,BangunNya rasulullah itu bukan sebagai satu tanda sokongan kepada si mati yang beragama yahudi.Tetapi satu tanda baginda sebagai Pemimpin Kota Madinah dan kebersamaan baginda dalam perihal rakyat walaupon baginda tidak menyokongNya.Maka kehadiran YB Dr Mariah ke Majlis itu adalah serupa dengan kejadian YB Dato’ Nizar Jamaluddin ke Majlis berkabung yang berkaitan memegang lilin. Pimpinan harus mengenepikan hal politik dalam membawa agenda kebajikan Rakyat.Sokongan dan kritikan itu pasti ada terhadap mana-mana pemimpin.tetapi kebersamaan itu harus berjalan selagi mana bahu memikul amanah.Apabila berlakunya tawanan di dalam peperangan Badar.Rasulullah tanyakan pandangan kepada 2 sahabat baik baginda. “apa yang harus kita lakukan terhadap tawanan ini !?” Saidina Umar memberi pandangan “Kita Bunuh sahaja mereka” manakala Saidina Abu Bakar memberi pandangan “Kita tawan dan minta wang tebusan kecuali yang tertentu” Maka Rasulullah menerima dan menyokong pandangan saidina Abu Bakar,namum selepas itu,turun wahyu Allah yang mafhumnya menegur tindakan itu dan menyokong pandangan Saidina Umar.Lantas bersedihlah saidina Abu Bakar dalam tangisan.Datang Saidina Umar bertanyakan khabar. Usai mendengarnya, Saidina Umar turut sama bersedih dan menangis atas dasar kebersamaan ikatan ukhuwah para sahabat. Ya!! Sebagai pemimpin mungkin ada beberapa perkara kita tidak menyokong puak-puak atau sebahagian tertentu,Namun jangan kita biarkan mereka tanpa pimpinan dan tiada kebersamaan. Pemimpin tidak seharusnya tinggal di pejabat mewah mahupon mahligai indah, tetapi harus turun “lepak” bersama rakyat bukan sebagai sokongan semata2x tetapi lebih kepada Kebersamaan dalam memimpin rakyat! Tahniah YB Dr Mariah dan Tahniah PAS!!
sokong..
ReplyDelete