Tuesday, January 19, 2010

MONOLOG SEORANG PEJUANG


(Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini… dan juga isteri-isteri pejuang… serta bakal isteri seorang pejuang)

Temanku

Apabila kusentuh telapak tanganmu...

Kuusap-usap, ianya semakin kasar dan keras...

Apabila kurenung wajahmu...

Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...

Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat...

Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing...

Aku terpana dek munajatmu yang syahdu...

Temanku...

Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...

Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka...

Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu...

Hanyasaya untuk Islam...

Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...

Pelbagai hiasan yang indah...

Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barangan kemas...

Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...

Wajah mereka dipalit dengan pelbagai warna dan jenama...

Kau umpama ladang ummah...

Kau menginfa’kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam...

Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba...

Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama...

Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...

Temanku...

Bukan aku tidak mampu membelikan barangan dan hiasan-hiasan tersebut...

Tetapi Temanku...

Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku...

Kau melafazkan, “Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat...”

Aku termangu sendirian...

Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu satukah? Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewelkah? Barangan kulit Boniakah? Perabot mahal dari Italikah?...

Atau honeymoon di kota Pariskah?...

Katakan... aku mampu memberikan...

Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...

Akhirnya...

Arghh.. permintaan itu...

Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...

Aku tergamam serta kelu...

Dengan penuh keyakinan kau berkata...

“Saudara, mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri kedua saudara?...

Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?...

Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam meleihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?...

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu Temanku...

Namun aku menerima syarat-syarat itu kerana aku tahu....

Jiwamu kosong dari syurga dunia...

Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu

Bukannya kau yang diubah oleh dunia

Temanku..

Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...

Susah senang kita tempuh bersama

Aku terharu dengan sega;a kebaikanmu

Kau jaga akhlakmu..

Kau pelihara maruahmu sebagai muslimah

Kau takl pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang Islam ke persada agung

Kau juga sanggup menyekang mata mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu taktala aku pulang lewat malam....

Malah kau seringkali meniup semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini...

Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dari haruman kemenangan

Temanku...

Tangkasnya engkau selaku suri...

Biarpun kau sibuk bersama mengembleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku...

Kau jaga teratak kita dengan indahnya..

Kau sirami dengan wangian cinta dan kasih sayang...

Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu...

Cekalnya engkau mendidik anak-anak...

Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, ahlul bait serta para pejuang islam..

Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullha...

Kau asuh mereka membaca al-Quran

Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelangnya peperiksaan...

Temanku...

Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Ulama' silam...

Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...

Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada...

Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi Islam...

SEPERTIMU... WAHAI ISTERIKU...

Wallahua’lam

(email yang dikirimkan oleh seorang sahabatku di Yaman..semua mengimpikan seorang yang indah dalam kehidupan..i.Allah moga kita mendapat yang terbaik dalam rehlah ilmiah ini)

No comments:

Post a Comment