Thursday, December 13, 2012

KASIH HABSAH


    Mesyuarat pimpinan pelajar berakhir seperti biasa. Mesyuarat minggu ini seperti minggu-mingu sebelumnya. Suasana panas tetapi beridea baru sentiasa menjelma dicelah pelbagai keserabutan tugas ditambah musim peperiksaan penggal pertama yang semakin hampir. Suasana sejuk penghawa dingin di dalam bilik mesyuarat utama bagaikan tidak berfungsi dalam menyejukan jiwa bara. Namun ini asam garam yang telah Syahmi lalui. Sambil termenung melihat pen dan kertas yang penuh contengan idea, kawan-kawan yang lain berkemas untuk pulang ke asrama.

“ Syahmi ! malam ini macam mana?Warden tak ada malam ini sebab ada hal. Cikgu Imran minta JR dan MP jaga aspura..” tiba-tiba Luqman bersuara sambil datang rapat menuju padanya.

 Ternyata khabar dari Luqman itu sedikit menambah tekanan kepada Syahmi selaku ketua umum sekolah.Itu bukan kali pertama pengawas terpaksa menjadi warden ganti,Sekali sekala ketika pelajar mahu pulang, Syahmilah orang yang memberi izin dan tanda tangan pada kad keluar kawasan.

“ Mi..kau dengar tak..” lamunan mengenan tekanan Syahmi diusik Luqman.

“ Ha !! Ya..ya.. Aku dengar..tak apalah kalau macam tu, malam mini kita tak ada program apa kan? Kuliah tazkirah pelajar lepas maghrib sahaja kan? “ Syahmi bersuara perlahan sambil bertanya kepada Luqman selaku Exco Pembangunan Syakhsiah.

Rutin harian waktu malam sebagai pelajar adalah statik. Usai solat Maghrib akan ada tazkirah dari pelajar secara bergilir atau pon kuliah agama dari mana-mana jemputan yang disusun di Surau Induk.Selepas Isya’ semua pelajar akan ke kelas untuk belajar malam sebelum dibenar balik tidor lewat jam 11 malam. Belum sempat Luqman menjawab pertanyaan Syahmi.

“ Eh Syahmi..malam ini ada ceramah perdana Ayah Chik kan di padang Istana..? “ Fauziah yang masih duduk di meja mesyuarat bersama beberapa pelajar puteri tiba-tiba bersuara memecah pekung suara pelajar putera.

Syahmi yang masih duduk bertongkat dahi,memandang sepi kepada Fauziah.  Syahmi menghembuskan nafas letih sambil memikirkan hal yang baru disebut Fauziah. Padang Istana tidak begitu jauh dengan sekolah.Jaraknya hanya sekitar 400 meter dari pintu pagar sekolah.Oleh itu, pasti malam ini tidak seperti malam-malam sebelumnya.

“ Hmmm.. A’ah Fauziah, malam ini ada ceramah di padang istana..Kau tak payah berangan nak pergi." Sempat Syahmi berseloroh sambil mengukir sedikit senyuman kepada Luqman disebelahnya.Lantas Fauziah mencebik muka berpaling kepada Habsah,teman akrabnya.

“So.. Macam mana Syahmi,warden dah lah tak ada mala mini.Tinggal pengawas sahaja.Yang ada pon mungkin warden aspuri sahaja..” Luqman kembali serius bertanya pada Syahmi.

“ Entahlah Luqman, Kalau ikutkan,aku pon nak pergi dengar ceramah mala mini.Bukan senang nak mendengar secara live Ayah Chik bagi ceramah..Tapi kalau tanya mudir comfirm tak bagi punya..” Syahmi bicara panjang.

Memang disekolah ini pelajar punyai sedikit kebebasan untuk bersuara. Setiap minggu pasti akan ada forum yang membincangkan isu-isu semasa. Walaupon bualan masih ditahap pelajar sekolah, namun ia telah memberi sedikit kematangan kepada pelajar untuk berinteraksi dengan maklumat semasa. Surat khabat News Street Time (NST) hadiah YTM Raja Nazrain Shah hampir 150 naskhah setiap hari menjadikan pelajar sentiasa update isu-isu semasa.

“ Aku cadang macam ini Mi..Apa kata kalau kita minta pelajar tingkatan 1 dan 2 solat di Masjid Ubudiah malam. Lagi pun malam ini ada kuliah Tafsir oleh Ust Zawawi. Yang lain solat macam biasa di surau Induk..” terang Luqman dengan ideanya yang sedikit mengelirukan Syahmi.

Syahmi keliru dengan idea Luqman. Adakah Luqman nak galakkan pelajar pergi ke ceramah atau cuba hendak menyekat pelajar dari pergi.

“ Ok..ok..ok macam ini, Luqman..malam ini aku nak pergi kuliah Tafsir Ust Zawawi, aku take over budak tingkatan 1 dan 2. Aku akan bawa 13 orang pengawas follow aku..yang berbaki jaga sekolah ok? “ Syahmi memberi cadangan berbentuk arahan kepada Luqman.

“ Ok Set !! “ Luqman senyum menyambut cadangan Syahmi.

* * * * *

          Laungan azan maghrib oleh Ust Ramli di Masjid Ubudiah membelah senja petang. Pelajar tingkatan 1 dan 2 siap berkumpul di pondok jaga untuk menyeberang jalan ke masjid. Ketika ini jelas kelihatan gelagat pelajar putera lari dari bilik tidur ke bilik air. Kadang-kadang terdengar jeritan pelajar yang marah kerana air kolah habis atau kerana tandas penuh. Namun yang hebatnya, sebelum Ust Ramli habis melaungkan azan, asrama akan kosong sepi dari suara pelajar.

“ Mungkin hikmah azan menghalau syaitan itu berhasil dalam menghalau pelajar putera dari asrama turun ke surau” Syahmi bermonolog dalaman sambil melihat ke asrama dari puncak lapang pakir kenderaan di masjid.

Kuliah Tafsir malam itu membicarakan tentang surah As-Soff. Surah yang banyak membicarakan tentang keutuhan berpasukan disamping hal-hal yang menguatkan pasukan. Syahmi bagai dirasuk semangat baru malam itu, sekali sekala dia teringat akan program ceramah yang akan berlangsung malam itu. Bagai satu kebetulan pada malam ini. Kuliah tafsir itu bagai memberi semangat untuk dia pergi ke ceramah umum yang membicarakan soal masyarakat dan politik dengan acuan kebajikan Islam.

Tiba-tiba Syahmi dicuit dari belakang, dia kaleh membalas reaksi, Idham yang duduk di belakangnya menunjuk arah ke muka pintu utama masjid. Kelihatan Luqman yang sedah termengah-mengah melambai tangan ke arahnya. Pantas Syahmi bangun undur kebelakang sambil menyantuni seorang demi seorang pelajar.

“ Awat Luqman ? Pasai pa? Ce kabo.. “ kadang-kadang terkeluar juga loghat Kedah Syahmi bercampur loghat Kuala Kangsar yang unit.

“ Asif weh..budak form 3 sampai form 5 ramai tak ada kat sekolah..semua solat di Markaz Pas..Pak Salleh  tersempak dengan aku tadi..dia kabo pada aku..” Kata Luqman tercungap sambil memegang birai tangga masjid.

“ Hmm macam inilah ijtihad aku, kau pun pergi solat dekat markaz sekali..pastikan deme solat..itu paling penting.Kemudian kalau deme nak pergi dengar ceramah,biarkan saja. Yang penting kita kawal deme,jangan ada yang melencong berasap..” Arah Syahmi kepada Luqman dengan menggunakan kuasa vetonya.

Emang Syahmi sering menggunakan kuasa veto dalam memutuskan beberapa hal terutama ketika ketiadaan warden. Dan selalunya juga dia terpaksa masuk mesyuarat ahli majlis syura sekolah untuk memberi keterangan atas tindakannya.

“ Kira kau bagi greenlight lah ni untuk budak pergi dengar ceramah? “ Luqman tersenyum melihat Syahmi.

“ Bukan aku bagi greenlight..tapi kita !” Syahmi menepuk bahu Luqman.

Azan Isya’ berkumandang menandakan kuliah telah pon berakhir. Syahmi bergegas masuk semula ke dewan solat sedang Luqman berkejaran keluar menuju ke markaz pas yang hanya 200 meter dari masjid.

*****

Hidup hidup ! Hidup Islam ! Hancur hancur ! Hancur Kezaliman !

Laungan semangat di padang istana jelas kedengan di pintu pagar sekolah. Semua pelajar tingkatan 1 dan 2 pulang dari masjid dengan jagaan dari pengawas. Masih mudah menjaga pelajar tingkatan 1 dan 2 kerana mereka masih solat berasingan dari pelajar senior yang lain. Mungkin kesan orentasi 40 hari itu masih lagi berhasil.

“ Pak Salleh..Asalamualaikum !!” Laung Syahmi menguntum senyuman ketika tiba di pondok jaga.

“Waalaikumsalam Syahmi..Panjang umur deme..awok kabo pada Luqman tadi,ate ramai beno pelajar pergi padang Istana tu. Warden pon tak ada ye malam ini..” terang Pak Salleh kepada Syahmi

“ A’ah tadi Luqman ada kabo.. takpa Pak Salleh, budak tingkatan 1 dan 2 tak ada yang pergi..Ni semua saya dah bawa balik..Biar pengawas form 3 jaga deme di asrama,lagi pon malam sabtu tak ada kelas malam..” Lapor Syahmi sambil menurunkan tanda tangan pada buku catitan keluar-masuk.

“Pak Salleh..Boleh tak awok dengan pengawas tingkatan 5 sahaja nak pergi padang Istana? Nak tengok-tengokkan budak-budak yang lain..” Pinta Syahmi usai menutup buku catitan.

“ Kome nak pergi?” Pak Salleh menjeling melihat Syahmi

“A’ah kami nak pergi tengok budak-budak saja” Rayu Syahmi

“ Nah ! Tulis dalam buku ini..Tulis kata kome pergi jaga budak ‘fly’..nanti senang awok nak menjawab dengan Cikgu Din..” hulur Pak Salleh sambil mengingatkan kami pada Cikgu Din yang merupakan ketua warden asrama.

“ Yes !! Cantiklah Pak Salleh..saya dengan pengawas tingkatan 5 sahaja ok..” Kata Syahmi sambil kembali menulis nama untuk keluar dari kawasan sekolah.

*****

      Ramai sudah hadir duduk di bahagian depan pentas utama. Dalam kawasan gelap gelita ini sukar untuk mengenal pasti seorang demi seorang pelajar yang ‘fly’ untuk mendengar ceramah umum ini. Mat Sabu sedang asyik memanaskan suasana dengan telatah lucu beliau dalam mengkritik dasar dan isu-isu semasa membabitkan UMNO. Syahmi tidak fokus mendengar pidato itu kerana matanya melilau mencari gelagat pelajar.

Syahmi berdiri tegak di tepi padang. Matanya masih rakus melihat suasana di ceramah umum itu. Ramai manusia yang hadir untuk mendengar sendiri ceramah dari Presiden Gerakan Islam Malaysia iaitu TG.Abdul Hadi Awang. Syahmi membuang pandangan ke arah gerai-gerai jualan yang ada di kawasan hujung padang. Mungkin itulah lubuk kelibat pelajar merayau. Syahmi memerhati halus kawasan gerai-gerai itu. Tepat !! memang ada pelajar yang berjalan-jalan membelek barang. Ramai juga sedang berkumpul di gerai bihun sup. Matanya masih fokus di deretan kedai itu. Tiba-tiba gelagat 2 wanita menarik perhatiannya. Wanita itu mulus berniqob ayu bertudung labuh. Mereka sedang membeli air di satu gerai. Lama Syahmi memandang kea rah 2 kelibat itu. Macam selalu sahaja kelibat itu kelihatan sebelum ini. Usai membeli air,wanita itu rapat ke tepi padang. Mereka tidak sedar Syahmi sedang berdiri lama di situ. Di bawah samar cahaya lampu jalan, pandangan Syahmi bertembung tepat dengan pandangan salah seorang wanita itu. Pantas wanita itu berpaling lalu jauh berjalan laju menjauhi Syahmi. Syahmi kaget melihat telatah 2 wanita tadi.

 “ Agrhh..biasalah muslimah..” Syahmi bermonolog sambil kembali memerhati pula pelajar yang lain.

Takbir !! Allahu akhbar !!!!..

Pekikkan itu memeranjatkan Syahmi.

Syahmi bergerak perlahan rapat ke pentas utama. Kelihatan seorang lelaki tua bersusuk gempal sedang berdiri memulakan pidato. Suaranya serak basah membaca kalimah tauhid dan tahmid. Bagai bergegar lubuk jantung hati mendengar kalimah toiyibah yang dilafaz.

“ Ayah Chik kot..” Sangka Syahmi sambil berjalan perlahan disusuk padang cuba untuk rapat ke pentas.

Syahmi kaku berdiri di bersandar pokok pinang. Mendengar satu-satu kalam taujihat dari Ayah Chik. Alih-alih 2 wanita yang mengusik pandangan Syahmi tadi kembali berdiri rapat membelakangkannya.  Namun Syahmi mempedulikan supaya dia dapat fokus mendengar pidato. Namun sekali sekala terdengar suara halus mereka berdua berbual. Semacam selalu mendengar suara itu. Syahmi cuba mengingat kembali identiti empunya suara.

“ Habsah dengan Fauziah !!” mendadak nama itu muncul diminda.

Syahmi cuba hampiri untuk mendapat kepastian. Langkahannya berpelahan ketika jantung laju berdebar. Syahmi telah rapat berjarak 2 meter sahaja dari belakang mereka.

“ Takbir !!” Laung Ayah Chik dari puncak pentas utama

“ Allahuakhbar “ hadirin menyambut.

Tidak terkecuali 2 wanita ini menyambut laungan Allah maha besar itu. Jelas kedengaran suara Fauziah yang sentiasa bersemangat itu. Suara Habsah halus tetapi juga didengari Syahmi dari belakang.

Syahmi yang hanya berdiam diri tiba-tiba bersuara

“Asalamualaikum Saudari..”

Kedua wanita tadi menoleh muka kebelakang. Mereka tergamam sebentar. Bagai di silent suasana di padang itu walaupon Ayah Chik masih berbicara.Dari ratusan hadirin keadaan bagai menjadi sepi.Hanya terdapat Fauziah Habsah dan Syahmi sahaja. Habsah menjawab salam dengan perlahan di sebalik niqob.

“ Korang datang berdua saja?” Syahmi yang tidak senyum tidak marah itu bersahaja bertanya

“ Err A’ah..kami datang berdua saja Syahmi..” Fauziah membalas dengan suara sedikit lemah ketika Habsah rapat tunduk ke tanah.

“Ate korang balik asrama nanti macam mana?” Kata Syahmi sedikit bernada tinggi.

Mereka berdua diam membisu,bagai tiada jawapan bagi soalan yang tiba-tiba itu. Syahmi memandang kepada Habsah. Tanpa di duga Habsah turut mengangkat muka. Pertembungan panahan mata kali kedua itu menambah malu pada Habsah. Syahmi pula pantas melarikan mata namun satu perasaan asing tiba-tiba dirasa.

“ Nanti balik sekali dengan aaak..err balik sekali dengan saya..” Syahmi menjadi gugup angkara satu perasaan asing dalam dirinya.


BERSAMBUNG...










No comments:

Post a Comment