Monday, February 1, 2010

Menjejaki Biasan Semangat Syam


Saat ku hadir di penjuru dunia
Aku renung dan tatap segala
Perjuangan syuhada’ dunia anbiya’
Segala mencipta satu nostalgia

Busra ada kenangannya
Tatkala buhaira mendapat petanda
Nabi akhir zaman akan menjelma
Maka selamatlah Nabi dari kejaman manusia
Pelangi indah itu makin ceria
Menyambut kedatangan anbiya’
Lakaran cinta fatamorgana
Menjadi saksi ketaatan pada yang esa

Menyesuri perkampungan Nawa
Satu misteri satu mimpi
Melihat kedaifan hidup ummat itu
Tapi tersimpan satu kenangan dan pengajaran
Seorang ulama’ agung dunia islam
Bersemadi jasad penuh jasa menggunung
Hidup dihalau kerana kebenaran pada pemerintah
Jasad bersemadi penuh bermaruah

Berdiri agung istana kasih
Salahuddin membuktikan pada dunia
Islam agama penganjur keamanan
Hallab tersimpan rahsia lampau
Darah dan air mata syuhada’
Membawa pembebasan dari kejahilan
Di situ Qal’ahNya berdiri gagah mengawal Bandar lama

“Setiap inci di jasadku penuh dengan parut tetapi akhirnya aku mati sebagai pengecut”
Khalid al Walid pemuda gagah penuh inspirasi
Namun impian syahid tidak menjadi reality
Ketahuilah wahai Saifullah
Biasan semangatMu menjadi kekuatan ummat Muhammad
Homs akan tetap mengenang seoarang perjuang
Keakhir zaman sejarah ini akan terpatri

Hama masih terluka
Kepahitan dan keperitan pejuangan Ikhwan
Dibalas syahid oleh Allah tuhan pencipta Alam
Ku pijak tanah itu ku jejak haruman persemadian mu
Pembunuhan ikhwan itu ditutup dengan tempat perlancongan
Aku ratap kasih mu sahabatku…
Percayalah aku adalah penyambungNya!!!

Lazakia cukup mendamaikan jiwa
Tapi saying segalanya pernah bermandikan darah luka
Kecantikan hari ini adalah kemurungan berpanjangan
Di lautan itu aku renung dan hayati
kerdilNya hati ini pada nilai cinta mu ilahi

damsyik!!!
Kota kenangan kota silam
Terkubur para syuhada’ dan anbiya’
Habsah
Bilal
Ummu Kalsum
Zainab
Abdullah b Jaafar
Malik b marwan
Semua dalam lipatan sejarah

Ya Allah..
Berilah kekuatan kapadaku
Tiada parut luka berdarah
Tiada air mata bercurah
Tiada jasa mahupun tadhiyaah
Aku malu ya Allah!!
Layakkah aku mendiami jannah
sedang aku masih dibuai mimpi indah!!



No comments:

Post a Comment