Satu komik di dalam majalah sekolah (Al-Fikrah).
Sunday, December 16, 2012
AKU INGIN DIORENTASI SEMULA DI IDRISIAH !!
(Gambar Tahun 2008) |
1922 - 2012 : 90 Tahun Idrisiah berdiri atas tanah wakaf.
Alhamdulillah, rasa hari ini baru selesai orentasi 40 hari ketika di tingkatan 1 (2004) yang lalu. Pengalaman kali pertama berjauhan dari ayah ibu, tidak dibenar bertemu malah membuat panggilan telefon dahulu itu masih kekal segar dalam ingatan. Hari ini ingatan itu disegarkan kembali dalam satu pertemuan santai anak bumi wakaf Madrasah Idrisiah di Jordan. Kedatangan Mudir Madrasah, Ust Khairul Anwar El Syazali bersama rombongan Majlis Belia Malaysia mengubat banyak kerinduan kepada keluarga besar Madrasah Idrisiah.
" Ana sangat berharap..dimana pon kita berada.. Muslim Nomratul Wahidah ! Inilah agenda kita kearah 100 tahun Idrisiah tahun 2022 "
Kata-kata rangsangan Ustaz mengingatkan aku pada Signbord " Muslim Nomratul Wahidah " (bertulis arab) yang masih kekal utuh tergantung di bangunan Induk sejak berzaman.
Pertemuan semalam juga mengingatkan saya balik pada adik-adik Idrisiah yang baru datang. Bacth 2007-2011. Mereka antara adik-adik yang bersama berjuang bersama saya ditahun 2008 terutama yang berjawatan Jama'atur Ruasa' (pengawas) , MPMI (Majlis Pelajar) dan BPM. Seingat saya pada tahun itu,kali pertama pelajar tingkatan dua dipilih sama sebagai MP/JR. Maka melihat seorang demi seorang mereka, sangat mengingatkan saya pada ceria tarbiyah di sana ketika saya budak-budak dahulu.
(Antara teman-teman yang hadir mengimbau kenangan) |
(Adik kakak Idrisiah, Bacth saya,seorang pon tiada) |
Kami semua berkumpul di sebuah restoran masakan yaman di Amman Jordan. Makanan ringas seperti roti canai Yaman bersama teh susu berjaya bertahan selama 3 jam sepanjang sesi perbualan kami bersama ustaz. Suasana Idrisiah itu masih segar wujud. Terbukti hanya dengan panggilan gelaran Aie (baca Akhi) dan Ut (baca Ukhti) sejak bermula orentasi 40 tingkatan 1.Walaupon setelah bertahun tinggalkan Idrisiah. Ia tetap utuh dipraktikan.
(Duduk begini mengingatkan usrah saya dahulu bernaqibkan Ust Khairul Anwar el Syazali di tingkatan 4. Dengan menggunakan silibus buku pelajar berkulit biru tua itu kami di didik) |
(kalau dengan pelajar puteri,saya hanya sewaktu mesyuarat MP/JR sahaja akan duduk semeja) |
Banyak hal perkara yang ust sampaikan, dari kalam taujihat, pergi kepada pekembangan Mad.Idrisiah sehingga kepada harapan dan cadangan-cadangan projek bersama alumni dalam membangunkan bumi wakafan Idrisiah dibicarakan. Tatkala ust menceritakan satu-satu pekembangan Idrisiah, otak minda saya membayangkan setiap lorong bahagian bumi Idrisiah. Kenangan dahulu ada manis dimulut. ada pahit dilidah, Namun hakikatnya ia telah menyihat dan mendewasakan saya dengan izinNya.
(perbincangan dan sembang santai bersama murabbi) |
Tepat jam 1 pagi kami selesai di meja makan. Namun ustaz terus-terusan menyampaikan pesan amanat nasihat agar kami berjaya dunia akhirat dan kembali bersama dalam proses peng'kader'an semula 'Syabab' yang bersifat glokal. Ustaz juga bertanyakan khabar setiap dari kami dan sedia membantu jika hadapi apa jua masalah. Alhamdulillah, saya rasa, saya bukan alumni Mad.Idrisiah, tetapi saya masih pelajar Idrisiah yang hanya keluar sementara mencari ilmu..Tarbiyah,didikan bantuan bimbingan itu tetap berterusan walaupon saya ada sijil tamat belajar dari Mad.Idrisiah.
Saya memohon ampun dan maaf kepada teman-teman dari mafraq dan Mu'tah kerana gagal untuk menyusun kehadiran antum bersama. Ini adalah dek kerana kekangan masa di saat akhir. InsyaAllah doakan hajat Ustaz untuk membawa guru-guru dan mungkin pelajar harapan sekolah ke sini menjadi kenyataan. InsyaAllah. Hanya hadiah gambar ini yang bisa saya sampaikan kepada kawan-kawan sekalian.
Saturday, December 15, 2012
Friday, December 14, 2012
Bacth Al-Fateh Memang ... !!!!!
Hari saya rasa terlalu gembira apabila berpeluang bersilaturahim dengan adik abang dari legasi Al-Fateh (Intake 2012). Bermula liga futsal yang bermula seawal 8 pagi sehingga ke majlis jamuan dilarut malam tadi banyak memperkenalkan saya kepada muka-muka baru yang saya kurang kenali. Tidak dikenali bukanlah bermakna mereka semuanya baharu tiba di Jordan. Sudah lama mereka tiba tetapi kuantiti itu memungkinkan saya gagal sedikit untuk kenali mereka.
" Aku hairan la..Geng Al-Fateh ni dah datang 3 bulan lebih, kenapa kita masih anggap mereka pelajar baru,Asrama ini contohnya, dah digunakan lama sebelum-sebelum ini walaupon tak la tetap seperti sekarang,tapi kenapa kita namakannya sakan baru..." Tiba-tiba seorang 'mamat' menimbul isu ketika orang sibuk menghidang makanan.
" Biasalah..mungkin selagi gelar 'baru' itu ada,Kita yang 'lama' ini berasa cukup matang dan dewasa.." Balas seorang brother bersahaja.
Mungkin boleh lepas ini kita hapuskan gelar 'baru' itu, akan tetapi kita lebih angkat nama legasi itu iaitu Al-Fateh. Namakanlah sakan/asrama itu sebagai sakan Al-Fateh. Itu lebih harmoni dalam kita berkongsi pengalaman hidup dan ilmu membawa mati.
Apa pon, Ikhwah Al-Fateh memang Gempak dan Terbaiklah !!!
Ramai geng Al-Fateh turun, Saya hanya menjadi penjaga garisan sahaja demi mengutamakan mereka. |
Presiden PRISMA (kiri) bagaikan Sir Alex Furguson Asia sedang mendengar penerangan liga oleh Biro Sukan (kanan) dan Biro Ekonomi (tengah). Err Biro Ekonomi ?? Agent topup di padang. |
Warm-up !! melibatkan anggota kepala dan tangan semua nampak gagah. Apabila melibatkan lutut semua jadi lain macam. Ada perlu disiasat mungkin. |
Ust Syed Ridhuan bersama Ust Amsyar rupanya berkaki Park-ji Son dan err mungkin Nani.. |
Demi satu integriti, Presiden PRISMA sendiri turun memeriksa jaring gawang. Mungkin nak menghalang permain dari membuat sebarang jampi azimat. hehe ini Malaysia la. Bukan Thailand. |
Permainan akan menyerupai cara tiki-takka Barcelona jika Ust Omar Bukhari bergandingan dengan saya di barisan hadapan. haha |
No Topup bernilai sedinar ditulis atas kertas wang bernilai 5dinar. Ohhh..Saya betu-betul tidak faham dengan dunia ini. |
Nani Mafraq makan nasi lemak. Jangan main-main, lepas makan semakin mantap sepakannya sehingga jari tangan saya terseliuh. haha |
Kiraan mata sedang dijalankan. Ust Zakirin selaku Biro Penerangan turut turun padang menjayakan liga futsal kali ini. Emang mantap Gen-18 |
Akhirnya kumpulan 1 di pilih sebagai Johan, membawa pulang Piala Pusingan yang kini berada dirumah saya. hahaha |
Setiba saya di Sakan Al-Fateh, Ustaz Ubaidah basit sedang sibuk masak dan menghidang makanan untuk jamuan besar. "Tuan-tuan sekalian..." |
Syita' dirasa biasa walaupon pemanas tidak dibuka. Ini semua angkara ukhuwah yang terbina. Lihat sahaja Presiden Prisma. Macam ada di Madrasah Rahmaniah sahaja. kahkahkah. |
Thursday, December 13, 2012
EMPAYAR CINTA BERMULA DENGAN WARKAHNYA
Budak-budak bujang sedang tekun menuntut ilmuCinta |
Perbincangan "EmpayarCinta" hari ini telah selesai. Ramai masih kelabu dimana kesudahanNya, jawapan untuk kesudahan cinta mungkin tiada. Kerana cinta sejati adalah cinta yang infiniti. Ada mula tetapi tiada akhirnya. Cinta yang berinfiniti akan berbunga dari hari ke hari. Sekuntum layu, berkumtum berbunga. Itulah cinta sejati.
" Kenapa awak sukakan saya ? " Tanya bakal teman hidup saya (yang masih saya tidak tahu siapa)
" Err saya sukakan awak sebab awak selalu beri saya senyuman.." Jawab saya.
" Kenapa awak sayangkan Allah..? " tanya 'dia' lagi.
" Sebab Allah bagi saya awak.." Jawab saya bersahaja
" So awak nak kata, lelaki lain yang tak dapat saya, mereka tak sayang Allah.." Tambah 'dia' menambah geram saya
" Tak la macam tu..mereka dapatlah perempuan lain.." Tunduk saya membalas..
" Awak..Saya tak nak awak sayang Allah..Sebab Allah bagi saya pada awak.. Awak sayanglah Allah tanpa apa sebab..nanti kalau saya tak ada..awak tak sayang Allah dah? Saya akan sayang orang yang sayang Allah..boleh kan? " 'dia' memberi kuliah zohor pada saya.
Apapon, tahniah kepada sekalian ahli panel yang berjaya membuat perkongsian walaupon anda masih bujang manusia. Hanya bermodalkan beristeri/suamikan 'Islam', anda berhak untuk bicara tentang 'EmpayarCinta'
Barisan ahli panel bersama moderator |
Moderator Sdr Shahrulnizam Bollywood (kiri) bersama Sdr Aizudin (kanan) berjaya mengupas perihal cinta walaupon mereka masih bujang manusia. |
Dr Atiqah (kiri) dari Irbid hadir bersilaturrahim sambil berkongsi ilmu, Ustzh Ida Amira selaku Biro Akademik memberi tips pemantapan akademik melalui cara biusan Cinta. |
KASIH HABSAH
Mesyuarat pimpinan pelajar
berakhir seperti biasa. Mesyuarat minggu ini seperti minggu-mingu sebelumnya.
Suasana panas tetapi beridea baru sentiasa menjelma dicelah pelbagai
keserabutan tugas ditambah musim peperiksaan penggal pertama yang semakin
hampir. Suasana sejuk penghawa dingin di dalam bilik mesyuarat utama bagaikan
tidak berfungsi dalam menyejukan jiwa bara. Namun ini asam garam yang telah
Syahmi lalui. Sambil termenung melihat pen dan kertas yang penuh contengan
idea, kawan-kawan yang lain berkemas untuk pulang ke asrama.
“ Syahmi ! malam ini macam
mana?Warden tak ada malam ini sebab ada hal. Cikgu Imran minta JR dan MP jaga
aspura..” tiba-tiba Luqman bersuara sambil datang rapat menuju padanya.
Ternyata khabar dari Luqman itu sedikit
menambah tekanan kepada Syahmi selaku ketua umum sekolah.Itu bukan kali pertama
pengawas terpaksa menjadi warden ganti,Sekali sekala ketika pelajar mahu
pulang, Syahmilah orang yang memberi izin dan tanda tangan pada kad keluar
kawasan.
“ Mi..kau dengar tak..” lamunan
mengenan tekanan Syahmi diusik Luqman.
“ Ha !! Ya..ya.. Aku dengar..tak
apalah kalau macam tu, malam mini kita tak ada program apa kan? Kuliah tazkirah
pelajar lepas maghrib sahaja kan? “ Syahmi bersuara perlahan sambil bertanya
kepada Luqman selaku Exco Pembangunan Syakhsiah.
Rutin harian waktu malam sebagai
pelajar adalah statik. Usai solat Maghrib akan ada tazkirah dari pelajar secara
bergilir atau pon kuliah agama dari mana-mana jemputan yang disusun di Surau
Induk.Selepas Isya’ semua pelajar akan ke kelas untuk belajar malam sebelum
dibenar balik tidor lewat jam 11 malam. Belum sempat Luqman menjawab pertanyaan
Syahmi.
“ Eh Syahmi..malam ini ada
ceramah perdana Ayah Chik kan di padang Istana..? “ Fauziah yang masih duduk di
meja mesyuarat bersama beberapa pelajar puteri tiba-tiba bersuara memecah
pekung suara pelajar putera.
Syahmi yang masih duduk
bertongkat dahi,memandang sepi kepada Fauziah.
Syahmi menghembuskan nafas letih sambil memikirkan hal yang baru disebut
Fauziah. Padang Istana tidak begitu jauh dengan sekolah.Jaraknya hanya sekitar
400 meter dari pintu pagar sekolah.Oleh itu, pasti malam ini tidak seperti
malam-malam sebelumnya.
“ Hmmm.. A’ah Fauziah, malam ini
ada ceramah di padang istana..Kau tak payah berangan nak pergi." Sempat Syahmi berseloroh sambil
mengukir sedikit senyuman kepada Luqman disebelahnya.Lantas Fauziah mencebik muka
berpaling kepada Habsah,teman akrabnya.
“So.. Macam mana Syahmi,warden
dah lah tak ada mala mini.Tinggal pengawas sahaja.Yang ada pon mungkin warden
aspuri sahaja..” Luqman kembali serius bertanya pada Syahmi.
“ Entahlah Luqman, Kalau
ikutkan,aku pon nak pergi dengar ceramah mala mini.Bukan senang nak mendengar
secara live Ayah Chik bagi ceramah..Tapi kalau tanya mudir comfirm tak bagi
punya..” Syahmi bicara panjang.
Memang disekolah ini pelajar
punyai sedikit kebebasan untuk bersuara. Setiap minggu pasti akan ada forum
yang membincangkan isu-isu semasa. Walaupon bualan masih ditahap pelajar
sekolah, namun ia telah memberi sedikit kematangan kepada pelajar untuk
berinteraksi dengan maklumat semasa. Surat khabat News Street Time (NST) hadiah
YTM Raja Nazrain Shah hampir 150 naskhah setiap hari menjadikan pelajar
sentiasa update isu-isu semasa.
“ Aku cadang macam ini Mi..Apa
kata kalau kita minta pelajar tingkatan 1 dan 2 solat di Masjid Ubudiah malam.
Lagi pun malam ini ada kuliah Tafsir oleh Ust Zawawi. Yang lain solat macam
biasa di surau Induk..” terang Luqman dengan ideanya yang sedikit mengelirukan
Syahmi.
Syahmi keliru dengan idea Luqman.
Adakah Luqman nak galakkan pelajar pergi ke ceramah atau cuba hendak menyekat
pelajar dari pergi.
“ Ok..ok..ok macam ini,
Luqman..malam ini aku nak pergi kuliah Tafsir Ust Zawawi, aku take over budak
tingkatan 1 dan 2. Aku akan bawa 13 orang pengawas follow aku..yang berbaki
jaga sekolah ok? “ Syahmi memberi cadangan berbentuk arahan kepada Luqman.
“ Ok Set !! “ Luqman senyum
menyambut cadangan Syahmi.
* * * * *
Laungan azan maghrib oleh Ust
Ramli di Masjid Ubudiah membelah senja petang. Pelajar tingkatan 1 dan 2 siap
berkumpul di pondok jaga untuk menyeberang jalan ke masjid. Ketika ini jelas
kelihatan gelagat pelajar putera lari dari bilik tidur ke bilik air.
Kadang-kadang terdengar jeritan pelajar yang marah kerana air kolah habis atau
kerana tandas penuh. Namun yang hebatnya, sebelum Ust Ramli habis melaungkan
azan, asrama akan kosong sepi dari suara pelajar.
“ Mungkin hikmah azan menghalau
syaitan itu berhasil dalam menghalau pelajar putera dari asrama turun ke surau”
Syahmi bermonolog dalaman sambil melihat ke asrama dari puncak lapang pakir
kenderaan di masjid.
Kuliah Tafsir malam itu
membicarakan tentang surah As-Soff. Surah yang banyak membicarakan tentang
keutuhan berpasukan disamping hal-hal yang menguatkan pasukan. Syahmi bagai
dirasuk semangat baru malam itu, sekali sekala dia teringat akan program
ceramah yang akan berlangsung malam itu. Bagai satu kebetulan pada malam ini.
Kuliah tafsir itu bagai memberi semangat untuk dia pergi ke ceramah umum yang
membicarakan soal masyarakat dan politik dengan acuan kebajikan Islam.
Tiba-tiba Syahmi dicuit dari
belakang, dia kaleh membalas reaksi, Idham yang duduk di belakangnya menunjuk
arah ke muka pintu utama masjid. Kelihatan Luqman yang sedah termengah-mengah
melambai tangan ke arahnya. Pantas Syahmi bangun undur kebelakang sambil
menyantuni seorang demi seorang pelajar.
“ Awat Luqman ? Pasai pa? Ce
kabo.. “ kadang-kadang terkeluar juga loghat Kedah Syahmi bercampur loghat
Kuala Kangsar yang unit.
“ Asif weh..budak form 3 sampai
form 5 ramai tak ada kat sekolah..semua solat di Markaz Pas..Pak Salleh tersempak dengan aku tadi..dia kabo pada aku..”
Kata Luqman tercungap sambil memegang birai tangga masjid.
“ Hmm macam inilah ijtihad aku,
kau pun pergi solat dekat markaz sekali..pastikan deme solat..itu paling
penting.Kemudian kalau deme nak pergi dengar ceramah,biarkan saja. Yang penting
kita kawal deme,jangan ada yang melencong berasap..” Arah Syahmi kepada Luqman
dengan menggunakan kuasa vetonya.
Emang Syahmi sering menggunakan kuasa veto
dalam memutuskan beberapa hal terutama ketika ketiadaan warden. Dan selalunya
juga dia terpaksa masuk mesyuarat ahli majlis syura sekolah untuk memberi
keterangan atas tindakannya.
“ Kira kau bagi greenlight lah ni
untuk budak pergi dengar ceramah? “ Luqman tersenyum melihat Syahmi.
“ Bukan aku bagi greenlight..tapi
kita !” Syahmi menepuk bahu Luqman.
Azan Isya’ berkumandang
menandakan kuliah telah pon berakhir. Syahmi bergegas masuk semula ke dewan
solat sedang Luqman berkejaran keluar menuju ke markaz pas yang hanya 200 meter
dari masjid.
*****
Hidup hidup ! Hidup Islam !
Hancur hancur ! Hancur Kezaliman !
Laungan semangat di padang istana
jelas kedengan di pintu pagar sekolah. Semua pelajar tingkatan 1 dan 2 pulang dari
masjid dengan jagaan dari pengawas. Masih mudah menjaga pelajar tingkatan 1 dan
2 kerana mereka masih solat berasingan dari pelajar senior yang lain. Mungkin
kesan orentasi 40 hari itu masih lagi berhasil.
“ Pak Salleh..Asalamualaikum !!”
Laung Syahmi menguntum senyuman ketika tiba di pondok jaga.
“Waalaikumsalam Syahmi..Panjang
umur deme..awok kabo pada Luqman tadi,ate ramai beno pelajar pergi padang
Istana tu. Warden pon tak ada ye malam ini..” terang Pak Salleh kepada Syahmi
“ A’ah tadi Luqman ada kabo..
takpa Pak Salleh, budak tingkatan 1 dan 2 tak ada yang pergi..Ni semua saya dah
bawa balik..Biar pengawas form 3 jaga deme di asrama,lagi pon malam sabtu tak
ada kelas malam..” Lapor Syahmi sambil menurunkan tanda tangan pada buku
catitan keluar-masuk.
“Pak Salleh..Boleh tak awok dengan
pengawas tingkatan 5 sahaja nak pergi padang Istana? Nak tengok-tengokkan
budak-budak yang lain..” Pinta Syahmi usai menutup buku catitan.
“ Kome nak pergi?” Pak Salleh
menjeling melihat Syahmi
“A’ah kami nak pergi tengok
budak-budak saja” Rayu Syahmi
“ Nah ! Tulis dalam buku
ini..Tulis kata kome pergi jaga budak ‘fly’..nanti senang awok nak menjawab
dengan Cikgu Din..” hulur Pak Salleh sambil mengingatkan kami pada Cikgu Din
yang merupakan ketua warden asrama.
“ Yes !! Cantiklah Pak
Salleh..saya dengan pengawas tingkatan 5 sahaja ok..” Kata Syahmi sambil
kembali menulis nama untuk keluar dari kawasan sekolah.
*****
Ramai sudah hadir duduk di
bahagian depan pentas utama. Dalam kawasan gelap gelita ini sukar untuk
mengenal pasti seorang demi seorang pelajar yang ‘fly’ untuk mendengar ceramah
umum ini. Mat Sabu sedang asyik memanaskan suasana dengan telatah lucu beliau
dalam mengkritik dasar dan isu-isu semasa membabitkan UMNO. Syahmi tidak fokus
mendengar pidato itu kerana matanya melilau mencari gelagat pelajar.
Syahmi berdiri tegak di tepi
padang. Matanya masih rakus melihat suasana di ceramah umum itu. Ramai manusia
yang hadir untuk mendengar sendiri ceramah dari Presiden Gerakan Islam Malaysia
iaitu TG.Abdul Hadi Awang. Syahmi membuang pandangan ke arah gerai-gerai jualan
yang ada di kawasan hujung padang. Mungkin itulah lubuk kelibat pelajar merayau.
Syahmi memerhati halus kawasan gerai-gerai itu. Tepat !! memang ada pelajar
yang berjalan-jalan membelek barang. Ramai juga sedang berkumpul di gerai bihun
sup. Matanya masih fokus di deretan kedai itu. Tiba-tiba gelagat 2 wanita menarik
perhatiannya. Wanita itu mulus berniqob ayu bertudung labuh. Mereka sedang
membeli air di satu gerai. Lama Syahmi memandang kea rah 2 kelibat itu. Macam
selalu sahaja kelibat itu kelihatan sebelum ini. Usai membeli air,wanita itu
rapat ke tepi padang. Mereka tidak sedar Syahmi sedang berdiri lama di situ. Di
bawah samar cahaya lampu jalan, pandangan Syahmi bertembung tepat dengan
pandangan salah seorang wanita itu. Pantas wanita itu berpaling lalu jauh
berjalan laju menjauhi Syahmi. Syahmi kaget melihat telatah 2 wanita tadi.
“ Agrhh..biasalah muslimah..” Syahmi
bermonolog sambil kembali memerhati pula pelajar yang lain.
Takbir !! Allahu akhbar !!!!..
Pekikkan itu memeranjatkan
Syahmi.
Syahmi bergerak perlahan rapat ke
pentas utama. Kelihatan seorang lelaki tua bersusuk gempal sedang berdiri
memulakan pidato. Suaranya serak basah membaca kalimah tauhid dan tahmid. Bagai
bergegar lubuk jantung hati mendengar kalimah toiyibah yang dilafaz.
“ Ayah Chik kot..” Sangka Syahmi
sambil berjalan perlahan disusuk padang cuba untuk rapat ke pentas.
Syahmi kaku berdiri di bersandar
pokok pinang. Mendengar satu-satu kalam taujihat dari Ayah Chik. Alih-alih 2
wanita yang mengusik pandangan Syahmi tadi kembali berdiri rapat
membelakangkannya. Namun Syahmi
mempedulikan supaya dia dapat fokus mendengar pidato. Namun sekali sekala
terdengar suara halus mereka berdua berbual. Semacam selalu mendengar suara
itu. Syahmi cuba mengingat kembali identiti empunya suara.
“ Habsah dengan Fauziah !!”
mendadak nama itu muncul diminda.
Syahmi cuba hampiri untuk
mendapat kepastian. Langkahannya berpelahan ketika jantung laju berdebar.
Syahmi telah rapat berjarak 2 meter sahaja dari belakang mereka.
“ Takbir !!” Laung Ayah Chik dari
puncak pentas utama
“ Allahuakhbar “ hadirin
menyambut.
Tidak terkecuali 2 wanita ini
menyambut laungan Allah maha besar itu. Jelas kedengaran suara Fauziah yang
sentiasa bersemangat itu. Suara Habsah halus tetapi juga didengari Syahmi dari
belakang.
Syahmi yang hanya berdiam diri
tiba-tiba bersuara
“Asalamualaikum Saudari..”
Kedua wanita tadi menoleh muka
kebelakang. Mereka tergamam sebentar. Bagai di silent suasana di padang itu
walaupon Ayah Chik masih berbicara.Dari ratusan hadirin keadaan bagai menjadi
sepi.Hanya terdapat Fauziah Habsah dan Syahmi sahaja. Habsah menjawab salam
dengan perlahan di sebalik niqob.
“ Korang datang berdua saja?” Syahmi
yang tidak senyum tidak marah itu bersahaja bertanya
“ Err A’ah..kami datang berdua
saja Syahmi..” Fauziah membalas dengan suara sedikit lemah ketika Habsah rapat
tunduk ke tanah.
“Ate korang balik asrama nanti
macam mana?” Kata Syahmi sedikit bernada tinggi.
Mereka berdua diam membisu,bagai
tiada jawapan bagi soalan yang tiba-tiba itu. Syahmi memandang kepada Habsah.
Tanpa di duga Habsah turut mengangkat muka. Pertembungan panahan mata kali
kedua itu menambah malu pada Habsah. Syahmi pula pantas melarikan mata namun
satu perasaan asing tiba-tiba dirasa.
“ Nanti balik sekali dengan aaak..err
balik sekali dengan saya..” Syahmi menjadi gugup angkara satu perasaan asing
dalam dirinya.
BERSAMBUNG...
Wednesday, December 12, 2012
MEMBIJAK DIPIJAK
Acuan rakyat itu berbeda
Angin bertebangan juga berbeza
Namun kincirnya serupa
Berpusing mulus kekal dipasak
Dalam deras angin bertiup
Memacu bahtera layar di samudera
Sesekali ombak melambung dosa
Petanda bahana akan melanda
Tatkala kelasi mabuk dunia
Ombak dicipta untuk menggagah perkasa
Namun ramai kalah alunan gelora
Bahtera dihujung tanduk petaka
Bahtera mundur dilautan global
Angkara Manusia tidak berakal
Perkara haram sering dihujah halal
Peragai manusia jahil lagi bebal
Si kemudi rakus terus diamanah
Kelasi bacul hanya buat tak endah
Asalkan 'masysukk' cukup sudahlah
Bahtera hanyut hilang terus arah..
Namun masih dianggap benar..
Kerana diatas air masih berlayar
Buta peta buta minda
Itu silibus pendidikan bahtera
Muncul kelasi sedar bawa agenda
Kaptain kantoi cuba membuat bijak
Tunggu saat berlabuhnya bahtera
Akan lumat kaptain dipijak !!
Asrar.
Rumah Putih|Mafraq Jordan
3.30 pagi
Subscribe to:
Posts (Atom)