Saturday, January 28, 2012

" Mahasiswa pasca 1971 adalah mahasiswa yang pemalu "


'' Arghhh !! ini hak kami untuk bersuara !! " Pekik mereka yang dirasakan terkongkong dengan aturan ciptaan manusia. Semenjak tahun 1971 sejak AUKU diperkenalkan. Gerakan-gerakan dan kumpulan-kumpulan mahasiswa tidak putus saban tahun dan ketika berjuang untuk mengembalikan hak mereka untuk bersuara.Seorang pensyarah di sebuah Kolej Swasta di Ipoh pernah berkata pada saya :

" Mahasiswa pasca 1971 adalah mahasiswa yang pemalu "

Islam tidak pernah menghalang atau menyekat sesiapa untuk bersuara. Hatta Nabi Muhammad SAW sendiri menggunakan SUARA sebagai salah satu instrument dalam menyampaikan agenda Dakwah yang menjadi agenda kita bersama. Dalam kitab-Kitab sirah antaraNya kitab sirah الرحيق المختوم (Bukti Kenabian) melakarkan kisah Nabi Muhammad tatkala mendapat perintah menyebarkan ISLAM secara terang-terangan :

صعد النبي صلى الله عليه وسلم على الصفا
، فجعل ينادي : يا بني فهر ، يا بني عدي ، لبطون قريش ، حتى اجتمعوا ، فجعل الرجل إذا لم يستطع أن يخرج أرسل رسولا لينظر ما هو ، فجاء أبو لهب وقريش ،فقال:(أرأيتكم لو أخبرتكم أن خيلا بالوادي تريد أن تغير عليكم أكنتم مصدقي). قالوا : نعم ، ما جربنا عليك إلاصدقا،
(قال : ( فإني نذير لكم بين يدي عذاب شديد ) ( فقال أبو لهب : تبا لك سائر اليوم ، ألهذا جمعتنا

" Maka Rasulullah pun segera ke bukit Safa dan menyeru dengan katanya: Wahai Bani Fihr, Bani Aud, keluarga keturunan Quraisy, hingga dengan itu maka berkumpullah mereka semua, hingga kalau ada yang tidak dapat keluar, mereka menghantar wakilnya untuk mengikuti apakah yang berlaku. Abu Lahab dan sekelian Quraisy pun datang disitu. Rasulullah berkata: Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apa
kah kamu boleh percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu. Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu! Maka kata Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua,"

الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 4770 **
[ خلاصة حكم المحدث : صحيح] [ الرحيق المختوم

Hadis ini cukup untuk mencerminkan bahawa Islam memberi ruang dan peluang untuk kita menyampaikan sesuatu perkara yang baik walaupon perkara itu kadang-kala dibenci oleh sesetengah golongan.Tindakan Rasulullah naik ke bukit Safa juga boleh dilihat peripentingnya usaha untuk menyampaikan kenyataan walaupon dengan beberapa patah perkataan agar keadilan dan hak itu ditunaikan.Demonstrasi Rasulullah di saat itu menjadi titik mula kepada musim pemboikotan Arab Quraisy terhadap umat Islam. Mehnah tribulasi yang dihadapi baginda,keluarga dan para sahabat bukanlah pemati kepada amanah dan usaha, Suara pemula dari bukit Safa itu terus dinyaringkan sehingga ke Thoif & Habsyah. Suara itu Diterima Ditolak bukan sasaranNya.Tetapi suara itu SAMPAI adalah agendaNya !

AsasNya begitu, ISLAM adalah agama yang tidak pernah menyekat sesiapa untuk bersuara dan menyampaikan pandangan, Oleh hal yang demikian itu, UmmatNya seharusNya menjadi insan-insan yang terbuka untuk menilai dan menerima sebarang suara selagi ia dalam lingkungan adab dan akhlak.

" Mahasiswa di Malaysia selalu disekat suaraNYA dengan AUKU dan sekatan Undang2 Ciptaan Manusia.Tetapi Mahasiswa di Luar Negara selalu disekat suaraNYA dengan salah tafsiran dalil & buta menilai fakta.."
Status Facebook : 28 Januari 2012/2 Petang Jordan

Terlalu rakus menilai isu kadang-kala menyebabkan kita akan tergelin
cir dari isu yang sebenar, Apabila gagal menilai isu,maka dalil yang ingin diutarakan selalunya akan tersasar. Dalam artikel yang lalu, saya cuba membuat penjelasan terhadap isu atas fakta dan sumber yang tepat. Pelbagai kritikan melulu yang saya dapat.ada yang saya hormati ada yang saya senyum senang hati,tiada kurang yang memaki mencaci.Saya terima semuanya dengan hati yang terbuka kerana saya hanya membuat penjelasan.Bukan tuduhan atau makian.Pelbagai dalil yang dimainkan sehingga ada dalil-dalil yang tiada langsung boleh dinisbahkan atas perkara yang dibincangkan.Walaubagaimana pon terima kasih atas komentarNya.




SINERGI & KOMPREHENSIF

Sinergi dan Komprehensif adalah dua perkara yang perlu berpadu beringan bersama. Tiada guna hanya sinergi sahaja andai ia tidak mampu mengaitkan sesuatu tugas secara bersama. Tiada guna komprehensif jika membuat kerja keseorangan

dan menafikan sumbangan orang lain.

Apalah guna miliki taring sehebat Helang..
Andai sebelah sayap sahaja ingin mengapai awan..
Apalah guna miliki kekuatan sehebat badang..
Andai tahu mengkritik kawan mengampu lawan..



No comments:

Post a Comment