Sunday, December 16, 2012

PENYAKIT DI IDRISIAH

Satu komik di dalam majalah sekolah (Al-Fikrah). 


AKU INGIN DIORENTASI SEMULA DI IDRISIAH !!

(Gambar Tahun 2008)

1922 - 2012 : 90 Tahun Idrisiah berdiri atas tanah wakaf.

Alhamdulillah, rasa hari ini baru selesai orentasi 40 hari ketika di tingkatan 1 (2004) yang lalu. Pengalaman kali pertama berjauhan dari ayah ibu, tidak dibenar bertemu malah membuat panggilan telefon dahulu itu masih kekal segar dalam ingatan. Hari ini ingatan itu disegarkan kembali dalam satu pertemuan santai anak bumi wakaf Madrasah Idrisiah di Jordan. Kedatangan Mudir Madrasah, Ust Khairul Anwar El Syazali  bersama rombongan Majlis Belia Malaysia mengubat banyak kerinduan kepada keluarga besar Madrasah Idrisiah. 

" Ana sangat berharap..dimana pon kita berada.. Muslim Nomratul Wahidah ! Inilah agenda kita kearah 100 tahun Idrisiah tahun 2022 "

Kata-kata rangsangan Ustaz mengingatkan aku pada Signbord " Muslim Nomratul Wahidah " (bertulis arab) yang masih kekal utuh  tergantung di bangunan Induk sejak berzaman.

Pertemuan semalam juga mengingatkan saya balik pada adik-adik Idrisiah yang baru datang. Bacth 2007-2011. Mereka antara adik-adik yang bersama berjuang bersama saya ditahun 2008 terutama yang berjawatan Jama'atur Ruasa' (pengawas) , MPMI (Majlis Pelajar) dan BPM. Seingat saya pada tahun itu,kali pertama pelajar tingkatan dua dipilih sama sebagai MP/JR. Maka melihat seorang demi seorang mereka, sangat mengingatkan saya pada ceria tarbiyah di sana ketika saya budak-budak dahulu.


(Antara teman-teman yang hadir mengimbau kenangan)
(Adik kakak Idrisiah, Bacth saya,seorang pon tiada)

Kami semua berkumpul di sebuah restoran masakan yaman di Amman Jordan. Makanan ringas seperti roti canai Yaman bersama teh susu berjaya bertahan selama 3 jam sepanjang sesi perbualan kami bersama ustaz. Suasana Idrisiah itu masih segar wujud. Terbukti hanya dengan panggilan gelaran Aie (baca Akhi) dan Ut (baca Ukhti) sejak bermula orentasi 40 tingkatan 1.Walaupon setelah bertahun tinggalkan Idrisiah. Ia tetap utuh dipraktikan.

(Duduk begini mengingatkan usrah saya dahulu bernaqibkan
Ust Khairul Anwar el Syazali di tingkatan 4. Dengan menggunakan
silibus buku pelajar berkulit biru tua itu kami di didik)



(kalau dengan pelajar puteri,saya hanya sewaktu mesyuarat MP/JR
sahaja akan duduk semeja)

Banyak hal perkara yang ust sampaikan, dari kalam taujihat, pergi kepada pekembangan Mad.Idrisiah sehingga kepada harapan dan cadangan-cadangan projek bersama alumni dalam membangunkan bumi wakafan Idrisiah dibicarakan. Tatkala ust menceritakan satu-satu pekembangan Idrisiah, otak minda saya membayangkan setiap lorong bahagian bumi Idrisiah. Kenangan dahulu ada manis dimulut. ada pahit dilidah, Namun hakikatnya ia telah menyihat dan mendewasakan saya dengan izinNya.

(perbincangan dan sembang santai bersama murabbi)

Tepat jam 1 pagi kami selesai di meja makan. Namun ustaz terus-terusan menyampaikan pesan amanat nasihat agar kami berjaya dunia akhirat dan kembali bersama dalam proses peng'kader'an semula 'Syabab' yang bersifat glokal. Ustaz juga bertanyakan khabar setiap dari kami dan sedia membantu jika hadapi apa jua masalah. Alhamdulillah, saya rasa, saya bukan alumni Mad.Idrisiah, tetapi saya masih pelajar Idrisiah yang hanya keluar sementara mencari ilmu..Tarbiyah,didikan bantuan bimbingan itu tetap berterusan walaupon saya ada sijil tamat belajar dari Mad.Idrisiah.

Saya memohon ampun dan maaf kepada teman-teman dari mafraq dan Mu'tah kerana gagal untuk menyusun kehadiran antum bersama. Ini adalah dek kerana kekangan masa di saat akhir. InsyaAllah doakan hajat Ustaz untuk membawa guru-guru dan mungkin pelajar harapan sekolah ke sini menjadi kenyataan. InsyaAllah. Hanya hadiah gambar ini yang bisa saya sampaikan kepada kawan-kawan sekalian.

Duduk dari kiri : Fazrul, Badrul Naim, Ust Khairul Anwar, Saya, Adzmin
Berdiri dari kiri : Ut Nadiah, Syafiqah Najwa,Afifah,Khadijah,Ut Siti Hafizah,Syazwani, Afirah.


Rindu Tarbiyah dibumi wakafan
Bayu pagi menyelimut kubah Ubudiah
Rindu bersama kawan sahabat  teman
Guru-guru murabbi di mad.Idrisiah
















Saturday, December 15, 2012


Friday, December 14, 2012

Bacth Al-Fateh Memang ... !!!!!

Hari saya rasa terlalu gembira apabila berpeluang bersilaturahim dengan adik abang dari legasi Al-Fateh (Intake 2012). Bermula liga futsal yang bermula seawal 8 pagi sehingga ke majlis jamuan dilarut malam tadi banyak memperkenalkan saya kepada muka-muka baru yang saya kurang kenali. Tidak dikenali bukanlah bermakna mereka semuanya baharu tiba di Jordan. Sudah lama mereka tiba tetapi kuantiti itu memungkinkan saya gagal sedikit untuk kenali mereka.

" Aku hairan la..Geng Al-Fateh ni dah datang 3 bulan lebih, kenapa kita masih anggap mereka pelajar baru,Asrama ini contohnya, dah digunakan lama sebelum-sebelum ini walaupon tak la tetap seperti sekarang,tapi kenapa kita namakannya sakan baru..." Tiba-tiba seorang 'mamat' menimbul isu ketika orang sibuk menghidang makanan.

" Biasalah..mungkin selagi gelar 'baru' itu ada,Kita yang 'lama' ini berasa cukup matang dan dewasa.." Balas seorang brother bersahaja.

Mungkin boleh lepas ini kita hapuskan gelar 'baru' itu, akan tetapi kita lebih angkat nama legasi itu iaitu Al-Fateh. Namakanlah sakan/asrama itu sebagai sakan Al-Fateh. Itu lebih harmoni dalam kita berkongsi pengalaman hidup dan ilmu membawa mati.

Apa pon, Ikhwah Al-Fateh memang Gempak dan Terbaiklah !!!



Ramai geng Al-Fateh turun, Saya hanya menjadi penjaga garisan sahaja demi
mengutamakan mereka.

Presiden PRISMA (kiri) bagaikan Sir Alex Furguson Asia sedang
mendengar penerangan liga oleh Biro Sukan (kanan) dan Biro Ekonomi (tengah).
Err Biro Ekonomi ?? Agent topup di padang.


Warm-up !! melibatkan anggota kepala dan tangan semua nampak gagah.
Apabila melibatkan lutut semua jadi lain macam. Ada perlu disiasat mungkin.

Ust Syed Ridhuan bersama Ust Amsyar rupanya berkaki Park-ji Son dan
err mungkin Nani..

Demi satu integriti, Presiden PRISMA sendiri turun memeriksa jaring gawang.
Mungkin nak menghalang permain dari membuat sebarang jampi azimat.
hehe ini Malaysia la. Bukan Thailand.

Permainan akan menyerupai cara tiki-takka Barcelona jika
Ust Omar Bukhari bergandingan dengan saya di barisan hadapan. haha

No Topup bernilai sedinar ditulis atas kertas wang bernilai 5dinar.
Ohhh..Saya betu-betul tidak faham dengan dunia ini.

Nani Mafraq makan nasi lemak. Jangan main-main, lepas makan
semakin mantap sepakannya sehingga jari tangan saya terseliuh. haha

Kiraan mata sedang dijalankan. Ust Zakirin selaku Biro Penerangan turut turun padang
menjayakan liga futsal kali ini. Emang mantap Gen-18


Akhirnya kumpulan 1 di pilih sebagai Johan, membawa pulang Piala Pusingan
yang kini berada dirumah saya. hahaha

Setiba saya di Sakan Al-Fateh, Ustaz Ubaidah basit sedang sibuk masak dan menghidang
makanan untuk jamuan besar. "Tuan-tuan sekalian..."

Syita' dirasa biasa walaupon pemanas tidak dibuka. Ini semua angkara
ukhuwah yang terbina. Lihat sahaja Presiden Prisma. Macam ada di
Madrasah Rahmaniah sahaja. kahkahkah.


Ini tiada kaitan dengan Al-Fateh. Inil adalah rezeki yang tiba Allah izinkan. Usai pulang kerumah,
menerima satu panggilan dari Ustazah 'As You Like' untuk di muraqibkan. Maka atas dasar 'kebapaan'
saya penuhi pemintaanNya bersama Ust Shahrulnizam. Sebab itu dapat dua mungkin. hihihi















Thursday, December 13, 2012

EMPAYAR CINTA BERMULA DENGAN WARKAHNYA



Budak-budak bujang sedang tekun menuntut ilmuCinta
Perbincangan "EmpayarCinta" hari ini telah selesai. Ramai masih kelabu dimana kesudahanNya, jawapan untuk kesudahan cinta mungkin tiada. Kerana cinta sejati adalah cinta yang infiniti. Ada mula tetapi tiada akhirnya. Cinta yang berinfiniti akan berbunga dari hari ke hari. Sekuntum layu, berkumtum berbunga. Itulah cinta sejati.

" Kenapa awak sukakan saya ? " Tanya bakal teman hidup saya (yang masih saya tidak tahu siapa)

" Err saya sukakan awak sebab awak selalu beri saya senyuman.." Jawab saya.

" Kenapa awak sayangkan Allah..? " tanya 'dia' lagi.

" Sebab Allah bagi saya awak.." Jawab saya bersahaja

" So awak nak kata, lelaki lain yang tak dapat saya, mereka tak sayang Allah.." Tambah 'dia' menambah geram saya

" Tak la macam tu..mereka dapatlah perempuan lain.." Tunduk saya membalas..

" Awak..Saya tak nak awak sayang Allah..Sebab Allah bagi saya pada awak.. Awak sayanglah Allah tanpa apa sebab..nanti kalau saya tak ada..awak tak sayang Allah dah? Saya akan sayang orang yang sayang Allah..boleh kan? " 'dia' memberi kuliah zohor pada saya.


Apapon, tahniah kepada sekalian ahli panel yang berjaya membuat perkongsian walaupon anda masih bujang manusia. Hanya bermodalkan beristeri/suamikan 'Islam', anda berhak untuk bicara tentang 'EmpayarCinta'


Barisan ahli panel bersama moderator

Moderator Sdr Shahrulnizam Bollywood (kiri) bersama Sdr Aizudin (kanan)
berjaya mengupas perihal cinta walaupon mereka masih bujang manusia.
Dr Atiqah (kiri) dari Irbid hadir bersilaturrahim sambil berkongsi ilmu,
 Ustzh Ida Amira selaku Biro Akademik memberi tips pemantapan akademik
melalui cara biusan Cinta.
Kehadiran juga memeranjatkan. Mungkin kerana musim sejuk, ramai mencari pot suhu panas untuk berteduh. Jadi disangka program perihal cinta ini pasti akan hot. Saya dapat rasakan kepanasan itu. 

Senyuman Ust Hashemi menanda kesediaan beliau untuk berpraktikal 'cinta'
dengan orang sana. Hilmi? Lama dah bersedia..

Antara muslimat Mafraq yang hadir
Inilah Amsyar ! Perwakilan BKASJ
merangkap juruteknik yang bertanggungjawab
di sebalik tabir.

KASIH HABSAH


    Mesyuarat pimpinan pelajar berakhir seperti biasa. Mesyuarat minggu ini seperti minggu-mingu sebelumnya. Suasana panas tetapi beridea baru sentiasa menjelma dicelah pelbagai keserabutan tugas ditambah musim peperiksaan penggal pertama yang semakin hampir. Suasana sejuk penghawa dingin di dalam bilik mesyuarat utama bagaikan tidak berfungsi dalam menyejukan jiwa bara. Namun ini asam garam yang telah Syahmi lalui. Sambil termenung melihat pen dan kertas yang penuh contengan idea, kawan-kawan yang lain berkemas untuk pulang ke asrama.

“ Syahmi ! malam ini macam mana?Warden tak ada malam ini sebab ada hal. Cikgu Imran minta JR dan MP jaga aspura..” tiba-tiba Luqman bersuara sambil datang rapat menuju padanya.

 Ternyata khabar dari Luqman itu sedikit menambah tekanan kepada Syahmi selaku ketua umum sekolah.Itu bukan kali pertama pengawas terpaksa menjadi warden ganti,Sekali sekala ketika pelajar mahu pulang, Syahmilah orang yang memberi izin dan tanda tangan pada kad keluar kawasan.

“ Mi..kau dengar tak..” lamunan mengenan tekanan Syahmi diusik Luqman.

“ Ha !! Ya..ya.. Aku dengar..tak apalah kalau macam tu, malam mini kita tak ada program apa kan? Kuliah tazkirah pelajar lepas maghrib sahaja kan? “ Syahmi bersuara perlahan sambil bertanya kepada Luqman selaku Exco Pembangunan Syakhsiah.

Rutin harian waktu malam sebagai pelajar adalah statik. Usai solat Maghrib akan ada tazkirah dari pelajar secara bergilir atau pon kuliah agama dari mana-mana jemputan yang disusun di Surau Induk.Selepas Isya’ semua pelajar akan ke kelas untuk belajar malam sebelum dibenar balik tidor lewat jam 11 malam. Belum sempat Luqman menjawab pertanyaan Syahmi.

“ Eh Syahmi..malam ini ada ceramah perdana Ayah Chik kan di padang Istana..? “ Fauziah yang masih duduk di meja mesyuarat bersama beberapa pelajar puteri tiba-tiba bersuara memecah pekung suara pelajar putera.

Syahmi yang masih duduk bertongkat dahi,memandang sepi kepada Fauziah.  Syahmi menghembuskan nafas letih sambil memikirkan hal yang baru disebut Fauziah. Padang Istana tidak begitu jauh dengan sekolah.Jaraknya hanya sekitar 400 meter dari pintu pagar sekolah.Oleh itu, pasti malam ini tidak seperti malam-malam sebelumnya.

“ Hmmm.. A’ah Fauziah, malam ini ada ceramah di padang istana..Kau tak payah berangan nak pergi." Sempat Syahmi berseloroh sambil mengukir sedikit senyuman kepada Luqman disebelahnya.Lantas Fauziah mencebik muka berpaling kepada Habsah,teman akrabnya.

“So.. Macam mana Syahmi,warden dah lah tak ada mala mini.Tinggal pengawas sahaja.Yang ada pon mungkin warden aspuri sahaja..” Luqman kembali serius bertanya pada Syahmi.

“ Entahlah Luqman, Kalau ikutkan,aku pon nak pergi dengar ceramah mala mini.Bukan senang nak mendengar secara live Ayah Chik bagi ceramah..Tapi kalau tanya mudir comfirm tak bagi punya..” Syahmi bicara panjang.

Memang disekolah ini pelajar punyai sedikit kebebasan untuk bersuara. Setiap minggu pasti akan ada forum yang membincangkan isu-isu semasa. Walaupon bualan masih ditahap pelajar sekolah, namun ia telah memberi sedikit kematangan kepada pelajar untuk berinteraksi dengan maklumat semasa. Surat khabat News Street Time (NST) hadiah YTM Raja Nazrain Shah hampir 150 naskhah setiap hari menjadikan pelajar sentiasa update isu-isu semasa.

“ Aku cadang macam ini Mi..Apa kata kalau kita minta pelajar tingkatan 1 dan 2 solat di Masjid Ubudiah malam. Lagi pun malam ini ada kuliah Tafsir oleh Ust Zawawi. Yang lain solat macam biasa di surau Induk..” terang Luqman dengan ideanya yang sedikit mengelirukan Syahmi.

Syahmi keliru dengan idea Luqman. Adakah Luqman nak galakkan pelajar pergi ke ceramah atau cuba hendak menyekat pelajar dari pergi.

“ Ok..ok..ok macam ini, Luqman..malam ini aku nak pergi kuliah Tafsir Ust Zawawi, aku take over budak tingkatan 1 dan 2. Aku akan bawa 13 orang pengawas follow aku..yang berbaki jaga sekolah ok? “ Syahmi memberi cadangan berbentuk arahan kepada Luqman.

“ Ok Set !! “ Luqman senyum menyambut cadangan Syahmi.

* * * * *

          Laungan azan maghrib oleh Ust Ramli di Masjid Ubudiah membelah senja petang. Pelajar tingkatan 1 dan 2 siap berkumpul di pondok jaga untuk menyeberang jalan ke masjid. Ketika ini jelas kelihatan gelagat pelajar putera lari dari bilik tidur ke bilik air. Kadang-kadang terdengar jeritan pelajar yang marah kerana air kolah habis atau kerana tandas penuh. Namun yang hebatnya, sebelum Ust Ramli habis melaungkan azan, asrama akan kosong sepi dari suara pelajar.

“ Mungkin hikmah azan menghalau syaitan itu berhasil dalam menghalau pelajar putera dari asrama turun ke surau” Syahmi bermonolog dalaman sambil melihat ke asrama dari puncak lapang pakir kenderaan di masjid.

Kuliah Tafsir malam itu membicarakan tentang surah As-Soff. Surah yang banyak membicarakan tentang keutuhan berpasukan disamping hal-hal yang menguatkan pasukan. Syahmi bagai dirasuk semangat baru malam itu, sekali sekala dia teringat akan program ceramah yang akan berlangsung malam itu. Bagai satu kebetulan pada malam ini. Kuliah tafsir itu bagai memberi semangat untuk dia pergi ke ceramah umum yang membicarakan soal masyarakat dan politik dengan acuan kebajikan Islam.

Tiba-tiba Syahmi dicuit dari belakang, dia kaleh membalas reaksi, Idham yang duduk di belakangnya menunjuk arah ke muka pintu utama masjid. Kelihatan Luqman yang sedah termengah-mengah melambai tangan ke arahnya. Pantas Syahmi bangun undur kebelakang sambil menyantuni seorang demi seorang pelajar.

“ Awat Luqman ? Pasai pa? Ce kabo.. “ kadang-kadang terkeluar juga loghat Kedah Syahmi bercampur loghat Kuala Kangsar yang unit.

“ Asif weh..budak form 3 sampai form 5 ramai tak ada kat sekolah..semua solat di Markaz Pas..Pak Salleh  tersempak dengan aku tadi..dia kabo pada aku..” Kata Luqman tercungap sambil memegang birai tangga masjid.

“ Hmm macam inilah ijtihad aku, kau pun pergi solat dekat markaz sekali..pastikan deme solat..itu paling penting.Kemudian kalau deme nak pergi dengar ceramah,biarkan saja. Yang penting kita kawal deme,jangan ada yang melencong berasap..” Arah Syahmi kepada Luqman dengan menggunakan kuasa vetonya.

Emang Syahmi sering menggunakan kuasa veto dalam memutuskan beberapa hal terutama ketika ketiadaan warden. Dan selalunya juga dia terpaksa masuk mesyuarat ahli majlis syura sekolah untuk memberi keterangan atas tindakannya.

“ Kira kau bagi greenlight lah ni untuk budak pergi dengar ceramah? “ Luqman tersenyum melihat Syahmi.

“ Bukan aku bagi greenlight..tapi kita !” Syahmi menepuk bahu Luqman.

Azan Isya’ berkumandang menandakan kuliah telah pon berakhir. Syahmi bergegas masuk semula ke dewan solat sedang Luqman berkejaran keluar menuju ke markaz pas yang hanya 200 meter dari masjid.

*****

Hidup hidup ! Hidup Islam ! Hancur hancur ! Hancur Kezaliman !

Laungan semangat di padang istana jelas kedengan di pintu pagar sekolah. Semua pelajar tingkatan 1 dan 2 pulang dari masjid dengan jagaan dari pengawas. Masih mudah menjaga pelajar tingkatan 1 dan 2 kerana mereka masih solat berasingan dari pelajar senior yang lain. Mungkin kesan orentasi 40 hari itu masih lagi berhasil.

“ Pak Salleh..Asalamualaikum !!” Laung Syahmi menguntum senyuman ketika tiba di pondok jaga.

“Waalaikumsalam Syahmi..Panjang umur deme..awok kabo pada Luqman tadi,ate ramai beno pelajar pergi padang Istana tu. Warden pon tak ada ye malam ini..” terang Pak Salleh kepada Syahmi

“ A’ah tadi Luqman ada kabo.. takpa Pak Salleh, budak tingkatan 1 dan 2 tak ada yang pergi..Ni semua saya dah bawa balik..Biar pengawas form 3 jaga deme di asrama,lagi pon malam sabtu tak ada kelas malam..” Lapor Syahmi sambil menurunkan tanda tangan pada buku catitan keluar-masuk.

“Pak Salleh..Boleh tak awok dengan pengawas tingkatan 5 sahaja nak pergi padang Istana? Nak tengok-tengokkan budak-budak yang lain..” Pinta Syahmi usai menutup buku catitan.

“ Kome nak pergi?” Pak Salleh menjeling melihat Syahmi

“A’ah kami nak pergi tengok budak-budak saja” Rayu Syahmi

“ Nah ! Tulis dalam buku ini..Tulis kata kome pergi jaga budak ‘fly’..nanti senang awok nak menjawab dengan Cikgu Din..” hulur Pak Salleh sambil mengingatkan kami pada Cikgu Din yang merupakan ketua warden asrama.

“ Yes !! Cantiklah Pak Salleh..saya dengan pengawas tingkatan 5 sahaja ok..” Kata Syahmi sambil kembali menulis nama untuk keluar dari kawasan sekolah.

*****

      Ramai sudah hadir duduk di bahagian depan pentas utama. Dalam kawasan gelap gelita ini sukar untuk mengenal pasti seorang demi seorang pelajar yang ‘fly’ untuk mendengar ceramah umum ini. Mat Sabu sedang asyik memanaskan suasana dengan telatah lucu beliau dalam mengkritik dasar dan isu-isu semasa membabitkan UMNO. Syahmi tidak fokus mendengar pidato itu kerana matanya melilau mencari gelagat pelajar.

Syahmi berdiri tegak di tepi padang. Matanya masih rakus melihat suasana di ceramah umum itu. Ramai manusia yang hadir untuk mendengar sendiri ceramah dari Presiden Gerakan Islam Malaysia iaitu TG.Abdul Hadi Awang. Syahmi membuang pandangan ke arah gerai-gerai jualan yang ada di kawasan hujung padang. Mungkin itulah lubuk kelibat pelajar merayau. Syahmi memerhati halus kawasan gerai-gerai itu. Tepat !! memang ada pelajar yang berjalan-jalan membelek barang. Ramai juga sedang berkumpul di gerai bihun sup. Matanya masih fokus di deretan kedai itu. Tiba-tiba gelagat 2 wanita menarik perhatiannya. Wanita itu mulus berniqob ayu bertudung labuh. Mereka sedang membeli air di satu gerai. Lama Syahmi memandang kea rah 2 kelibat itu. Macam selalu sahaja kelibat itu kelihatan sebelum ini. Usai membeli air,wanita itu rapat ke tepi padang. Mereka tidak sedar Syahmi sedang berdiri lama di situ. Di bawah samar cahaya lampu jalan, pandangan Syahmi bertembung tepat dengan pandangan salah seorang wanita itu. Pantas wanita itu berpaling lalu jauh berjalan laju menjauhi Syahmi. Syahmi kaget melihat telatah 2 wanita tadi.

 “ Agrhh..biasalah muslimah..” Syahmi bermonolog sambil kembali memerhati pula pelajar yang lain.

Takbir !! Allahu akhbar !!!!..

Pekikkan itu memeranjatkan Syahmi.

Syahmi bergerak perlahan rapat ke pentas utama. Kelihatan seorang lelaki tua bersusuk gempal sedang berdiri memulakan pidato. Suaranya serak basah membaca kalimah tauhid dan tahmid. Bagai bergegar lubuk jantung hati mendengar kalimah toiyibah yang dilafaz.

“ Ayah Chik kot..” Sangka Syahmi sambil berjalan perlahan disusuk padang cuba untuk rapat ke pentas.

Syahmi kaku berdiri di bersandar pokok pinang. Mendengar satu-satu kalam taujihat dari Ayah Chik. Alih-alih 2 wanita yang mengusik pandangan Syahmi tadi kembali berdiri rapat membelakangkannya.  Namun Syahmi mempedulikan supaya dia dapat fokus mendengar pidato. Namun sekali sekala terdengar suara halus mereka berdua berbual. Semacam selalu mendengar suara itu. Syahmi cuba mengingat kembali identiti empunya suara.

“ Habsah dengan Fauziah !!” mendadak nama itu muncul diminda.

Syahmi cuba hampiri untuk mendapat kepastian. Langkahannya berpelahan ketika jantung laju berdebar. Syahmi telah rapat berjarak 2 meter sahaja dari belakang mereka.

“ Takbir !!” Laung Ayah Chik dari puncak pentas utama

“ Allahuakhbar “ hadirin menyambut.

Tidak terkecuali 2 wanita ini menyambut laungan Allah maha besar itu. Jelas kedengaran suara Fauziah yang sentiasa bersemangat itu. Suara Habsah halus tetapi juga didengari Syahmi dari belakang.

Syahmi yang hanya berdiam diri tiba-tiba bersuara

“Asalamualaikum Saudari..”

Kedua wanita tadi menoleh muka kebelakang. Mereka tergamam sebentar. Bagai di silent suasana di padang itu walaupon Ayah Chik masih berbicara.Dari ratusan hadirin keadaan bagai menjadi sepi.Hanya terdapat Fauziah Habsah dan Syahmi sahaja. Habsah menjawab salam dengan perlahan di sebalik niqob.

“ Korang datang berdua saja?” Syahmi yang tidak senyum tidak marah itu bersahaja bertanya

“ Err A’ah..kami datang berdua saja Syahmi..” Fauziah membalas dengan suara sedikit lemah ketika Habsah rapat tunduk ke tanah.

“Ate korang balik asrama nanti macam mana?” Kata Syahmi sedikit bernada tinggi.

Mereka berdua diam membisu,bagai tiada jawapan bagi soalan yang tiba-tiba itu. Syahmi memandang kepada Habsah. Tanpa di duga Habsah turut mengangkat muka. Pertembungan panahan mata kali kedua itu menambah malu pada Habsah. Syahmi pula pantas melarikan mata namun satu perasaan asing tiba-tiba dirasa.

“ Nanti balik sekali dengan aaak..err balik sekali dengan saya..” Syahmi menjadi gugup angkara satu perasaan asing dalam dirinya.


BERSAMBUNG...










Wednesday, December 12, 2012

MEMBIJAK DIPIJAK


Acuan rakyat itu berbeda
Angin bertebangan juga berbeza
Namun kincirnya serupa
Berpusing mulus kekal dipasak

Dalam deras angin bertiup
Memacu bahtera layar di samudera
Sesekali ombak melambung dosa
Petanda bahana akan melanda

Tatkala kelasi mabuk dunia
Ombak dicipta untuk menggagah perkasa
Namun ramai kalah alunan gelora
Bahtera dihujung tanduk petaka

Bahtera mundur dilautan global
Angkara Manusia tidak berakal
Perkara haram sering dihujah halal
Peragai manusia jahil lagi bebal

Si kemudi rakus terus diamanah
Kelasi bacul hanya buat tak endah
Asalkan 'masysukk' cukup sudahlah
Bahtera hanyut hilang terus arah..

Namun masih dianggap benar..
Kerana diatas air masih berlayar
Buta peta buta minda
Itu silibus pendidikan bahtera

Muncul kelasi sedar bawa agenda
Kaptain kantoi cuba membuat bijak
Tunggu saat berlabuhnya bahtera
Akan lumat kaptain dipijak !!


Asrar.
Rumah Putih|Mafraq Jordan
3.30 pagi



Thursday, May 10, 2012

13 MEI 1969 JADIKAN PENGAJARAN.. 13 MEI 2012 JADIKAN HARAPAN ...




Tragedi 13 Mei 1969 sukar untuk dilupakan,Bukan sahaja kerana peristiwanya,
tetapi kerana UMNO mengangkatnya sebagai satu peristiwa yang wajib di kenang
sebagai sejarah hitam negara amnya dan sejarah hitam UMNO khususnya. UMNO dan perikatan 
kehilangan mejoriti buat kali pertama dalam sejarah kemerdekaan negara. Melihat kepada 
faktanya,memang diakui ada kesilapan pembangkang (DAP,GERAKAN & PPP) dan perlu
diakui juga ada kesilapan bangsa melayu. Tetapi peristiwa yang hanya berlaku di beberapa 
kawasan bandar ini,tidaklah harus dikatakan masalah perkauman. kerana di negeri-negeri
lain, Bangsa melayu bersama kaum cina dan india terus kekal aman. Tetapi UMNO sengaja 
mengangkatnya sebagai isu besar agar orang melayu takut dan terus menjadikan UMNO
sebagai perisai (kononNya). Orang Melayu dituntut bersatu,andai orang melayu berpecah 
tidak mustahil tregedi itu akan berulang. Itulah lagu mainan UMNO saban tahun. Bangsa Melayu
harus bangun dan lihatkah kepada fakta yang lebih relevan. 13 MEI adalah isu antara parti UMNO 
dan DAP. Kebetulan UMNO mejoritinya Melayu (ada juga mamak dan siam) dan DAP dikuasai oleh
kaum cina (ada juga melayu). Maka gendang perkauman dimainkan sekuatnya sehingga diukir
di dalam buku-buku teks sekolah agar generasi muda tahu secara rabun kononNya andai UMNO
hilang kuasa maka melayu akan lemah dan cina akan kuasai negara.Maka anak muda pon percaya 
tambahan apabila dihulur RM 10 dan sehelai T-Shirt dacing,mereka berasa sungguh damai.Pada saat yang 
sama, Kaum cina yang tinggal mejoriti di bandar-bandar riang meraikan kegembiraan kemenangan. Sehinggakan perarakan kematian pon disambut meriah.Laungan dan pekikkan mereka sampai dikemuncak apabila ada dalam kalangan kaum cina yang tidak dapat mengawal diri lantas mengutuk UMNO. Maka beranglah orang UMNO pada saat itu. Mulalah kisah peperangan antara penyokong UMNO dan DAP. Demi menyelamatkan keadaan, Tun Abdul Razak membubarkan parlimen dan menubuhkan MAGERAN demi menstabilkan semula peperangan antara 2 parti. Antara strategi yang diambil adalah dengan menjemput PAS sebagai  sekutu perikatan atas dasar Ke-Melayu-an. PAS bersangka baik terhadap UMNO.Mulalah episode baru landskap politik negara.

Disebabkan PAS menjadi sekutu UMNO, Maka UMNO mengatakan Melayu sudah bersatu. Lalu 13 MEI 1969 diisytiharkan sebagai tragedi berdarah Melayu Vs Cina. Orang Melayu Trauma gaban apabila mengenangkan peristiwa itu. Momokan sejarah yang tidak adil menyebabkan dendam itu masih dirasai. Melayu VS Cina 1969 bukanlah Mitos misteri, Tetapi ia adalah tragedi yang diperbesar dan dimanipulasikan agar politik simpati kembali kepada UMNO.Maka rakyat pada hari ini perlu lebih matang dalam menjaga keamanan. !! BERILAH NAFAS BARU BUAT MALAYSIA !!


KITA ADALAH RAKYAT MALAYSIA 

Wednesday, May 9, 2012

Mencari ‘Sokongan Sejarah’ Terhadap Kesudahan Sunni – Syiah





Adalah sukar untuk dicari kesepakatan terhadap penentuan tarikh mula munculnya gerakan Syiah. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan pelbagai pihak di dalam menentukan pengasas atau pencetus kepada gerakan itu sendiri. Kontroversi yang membabitkan Syiah terus diperbaharui zaman berzaman dan ia berlanjutan hingga kepada era pasca Revolusi Iran yang menjadi suatu lagi batu tanda di sepanjang lebuh perjalanan sejarah Syiah. Apakah sebenarnya status hubungan masyarakat dunia dengan Syiah? Persoalan ini tidak hanya membabitkan keperluan semasa, malah penting untuk menjadi asas kepada ramalan terhadap masa depan tamadun insan, khususnya di persekitaran Timur Tengah sebagai “˜pusat dunia”™.Justeru itu, wajarlah persoalan ini digarap dengan bekalan sejarah kerana di situlah akan terserlah skrip sebenar kepada realiti pertembungan di antara Syiah dan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.




ERA ABDULLAH BIN SABA”™

Abdullah bin Saba”™ atau juga dikenali sebagai Ibn Sawda”™ adalah seorang Yahudi dari San”™a di Yaman yang telah menzahirkan keislamannya di zaman Uthman bin Affan RA. Beliau adalah watak yang paling utama memainkan peranan menimbulkan kehuru-haraan di Madinah, Iraq, Syam dan Mesir secara khusus. Dakyah yang berlaku di dalam bentuk penyebaran pendapat siasah bahkan aqidah yang menyimpang, telah mencetuskan fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman RA pada 18 Dzulhijjah 35H.Ibn Sawda”™ telah menyebarkan pelbagai idea yang kontroversi di kalangan umat Islam khususnya yang berkaitan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dinisbahkan kepada Uthman bin Affan. Gerakannya telah mencetuskan pemberontakan di empat penjuru tanah air umat Islam. Malah Abu Dzar al-Ghifari RA juga telah dihasut supaya bangkit mempertikaikan siasah Muawiyah bin Abi Sufian RA sebagai Gabenor di Syam di dalam soal pentadbiran Baitulmal.Beliau juga telah mempopularkan idea kelayakan Saidina Ali RA sebagai pengisi jawatan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan apa yang diistilahkan sebagai wasiat Rasulullah SAW. Abdullah bin Saba”™ juga menjadi orang pertama yang secara terang-terangan mencela Abu Bakr, Umar, Uthman dan sekalian sahabat. Hal ini diakui sendiri oleh ilmuan Syiah seperti Saad bin Abdullah al-Qummi di dalam al-Maqalaat wa al-Firaq. Tidak terhenti setakat itu, kepercayaan karut tentang kebangkitan semula Rasulullah SAW dan pelbagai fahaman yang kemudiannya menjadi usul teras golongan Syiah, telah dipelopori oleh Abdullah bin Saba”™Inilah puncanya mengapa ramai pihak yang sudah tidak lagi mampu untuk menyembunyikan kecelaan sejarah Abdullah bin Saba”™, cuba untuk menanamkan prasangka bahawa beliau tidak wujud secara pasti di dalam sejarah. Idea yang tidak berasas ini didokong oleh sekumpulan Orientalis dan pengkaji Arab serta ramai dari kalangan Syiah semasa (Dr. Muhammad Amahzun, Tahqiq Mawaqif as-Sahabah fi al-Fitnah min Riwaayaat al-Imam at-Thabari wa al-Muhadditheen, Maktabah al-Kauthar, Riyadh, 1994).Hal ini mustahil dapat diterima akal kerana penyebutan kisah Abdullah bin Saba”™ bukan hanya terdapat di dalam satu atau dua karangan ilmuan Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti Tarikh al-Imam at-Thabari malah ia turut disebut secara meluas di dalam sejumlah besar tulisan ulama pelbagai zaman, sama ada oleh Ahli Sunnah mahu pun Syiah sendiri. Tegasnya, Abdullah bin Saba”™ adalah merupakan pelopor dan pengasas kepada timbulnya krisis di antara pengikut ajaran Islam sebenar dengan kumpulan Syiah yang berlarutan hingga ke hari ini.Kerugian yang menimpa umat Islam di dalam peperangan Jamal dan Siffin, pembunuhan Ali RA, anakandanya Husain RA dan pelbagai lagi siri perang dalaman yang tercetus semenjak kematian Uthman bin Affan RA, adalah hasil suntikan fitnah yang dipelopori oleh seorang penjenayah bernama Abdullah bin Saba”™.




 ERA KHILAFAH BANI UMAYYAH


Muawiyah bin Abi Sufyan RA telah mengambil alih kepimpinan Islam selepas pembunuhan Ali RA dan berundurnya Hasan RA dari memangku jawatan yang ditinggalkan oleh ayahandanya. Kesatuan umat Islam telah dapat dihasilkan, namun kewujudan kelompok yang mendukung idea Ibn Saba”™ terus wujud dan sentiasa menjadi api di dalam sekam. Sikap keras lagi tegas Muawiyah dan para Khalifah Bani Umayyah terhadap golongan Syiah ini menjadikan mereka terpinggir dari arus perdana untuk beberapa ketika.Analisa terhadap punca yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah memperlihatkan sekurang-kurang empat kelompok musuh. Mereka adalah penduduk Arab berketurunan Yaman yang tinggal di Khurasan, golongan Mawali (bukan Arab) yang juga berpusat di sekitar Khurasan, kelompok Syiah yang sentiasa berdendam dengan Bani Umayyah, dan golongan keempat adalah terdiri daripada mereka yang menzahirkan diri sebagai Muslim tetapi masih berdendam terhadap Islam serta terus berpegang dengan fahaman pra Islam seperti Rawandiyyah dan sebagainya.Namun, penglibatan Syiah di dalam propaganda Revolusi Abbasiyyah adalah faktor terpenting ke arah tumbangnya Khilafah Bani Umayyah.Muhammad bin Ali telah mewarisi gerakan Revolusi Abbasiyyah yang diasaskan oleh Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abd al-Muttalib. Muhammad bin Ali menyokong perjuangan Abu Hasyim bin Muhammad bin Ali al-Hanafiah yang merupakan seorang Imam Syiah. Ketika Abu Hasyim di ambang kematiannya, beliau telah mewasiatkan supaya Muhammad bin Ali mengambil alih tempatnya sebagai Imam dan semenjak itulah beliau mengepalai gerakan Hasyimiah atau Abbasiyyah.Selepas kematian Imam Muhammad bin Ali pada tahun 125H, berlaku peralihan kepimpinan Revolusi Abbasiyyah hinggalah ke tangan Abu Muslim al-Khurasani yang melancarkan Revolusi Abbasiyyah secara terbuka. Pada masa itu nama Imam Ibrahim yang menggantikan tempat ayahandanya Imam Muhammad bin Ali masih dirahsiakan. Apabila rahsia ini terdedah, Imam Ibrahim telah ditangkap dan dibunuh di Harran (132H) dan beliau telah mewasiatkan supaya saudaranya Abu al-Abbas as-Saffah menggantikan tempatnya sebagai Imam. Walaupun mendapat tentangan daripada Abu Salamah al-Khallal, akhirnya calon yang disokong oleh keluarga Abbas dan Syiah iaitu Abu al-Abbas as-Saffah telah terpilih. Berhasillah kehendak Syiah di masa itu dan akhirnya kepimpinan ummah beralih daripada Bani Umayyah kepada Abu al-Abbas as-Saffah yang mengasaskan Kerajaan Abbasiyyah (132H).


ERA KERAJAAN ABBASIYYAH

Walaupun kerajaan Abbasiyyah itu tertegak atas kehendak dan maslahah golongan Syiah, mereka masih mengekalkan sikap pragmatik dan hanya berpihak kepada kuasa yang boleh memenuhi kemahuan mereka semata-mata.Perpecahan yang serius di antara bangsa-bangsa Muslim mengundang kelemahan yang membunuh kerajaan Abbasiyyah. Namun, kemunculan Hulagu, cucu kepada Genghiz Khan ke Baghdad adalah peristiwa yang paling bersejarah. Di zaman Bani Buwaih, mazhab Khilafah Abbasiyyah adalah Syiah. Namun selepas berpindah kepada Seljuk, mazhab kerajaan kembali kepada Sunni. Akan tetapi, para khalifah di era penghabisan kerajaan Abbasiyyah masih terus percaya kepada tokoh-tokoh Syiah, seperti Mu”™ayyid ad-Deen bin al-Alqami. Atas perbalahan yang berlaku di antara Sunni dan Syiah, Mu”™ayyid telah menjemput Hulagu mengisi cita-citanya menawan Baghdad. Beliau yang sepatutnya menjalankan tugas mewakili Khalifah untuk berbincang dengan Hulagu, telah berpaling tadah dan seterusnya membuka laluan kepada Hulagu menyerang Baghdad hingga ke akar umbi pada tahun 656H. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa, 1,800,000 penduduk Baghdad telah terbunuh di tangan Hulagu dan tenteranya. Suatu insiden yang hitam di dalam sejarah kemanusiaan.


ERA PRA FATIMIYYAH DAN AYYUBIYYAH

Kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab Syiah merupakan kerajaan kecil pertama yang mengisytiharkan ketuanya sebagai Khalifah yang bebas merdeka daripada pemerintahan Abbasiyyah. Walaupun kerajaan Fatimiyyah mempunyai sumbangannya yang banyak terutamanya kepada aspek pembangunan tamadun material Islam, namun era tersebutlah yang menyaksikan berleluasanya penyebaran fahaman dan amalan syiah yang khurafat, sehinggalah ia ditamatkan dengan kejayaan Salahuddin al-Ayyubi memimpin Mesir dan membawanya kembali kepada mazhab Sunni di bawah kepimpinan Kerajaan Abbasiyyah (567H).


ERA OTHMANIYYAH

Selepas kejatuhan Baghdad pada tahun 656H / 1258M, kepimpinan umat Islam telah diambil alih oleh Khilafah Turki Othmaniyyah yang diasaskan pada tahun 1299M. Ketika pemerintahan Othmaniyyah berada di kemuncak kegemilangan mereka, wilayah Parsi telah menyaksikan kemunculan kerajaan Syiah Safavid yang diasaskan oleh Shah Ismail I pada tahun 1500. Buat kali pertamanya, tanah air Parsi telah diisytiharkan secara rasmi menganut fahaman Syiah sebagai mazhab rasmi.Sejarah telah memperlihatkan sekali lagi sikap Syiah yang sentiasa memusuhi Ahli Sunnah. Kerajaan Safavid telah melancarkan propaganda menghasut penduduk wilayah Othmaniyyah di timur supaya bangkit memberontak. Malah mereka juga bekerjasama dengan Hapsburgs dari Austria untuk menentang Kerajaan Othmaniyyah. Dalam pada itu, Mesir yang ditadbir oleh kerajaan kecil Mamluki yang mengambil alih pemerintahan dari Ayyubiyyin, turut bekerjasama dengan Safavid menentang Othmaniyyah.Sesungguhnya krisis ratusan tahun di antara Safavid Syiah di Iran terhadap Kerajaan Othmaniyyah telah banyak memberikan implikasi negatif kepada perkembangan kuasa Othmaniyyah yang mewakili Ahli Sunnah itu. Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876 ““ 1908) pernah berkata, “Sesungguhnya permusuhan di antara Kerajaan Safavid (Syiah) dan Othmaniyyah (Sunni) tidaklah untuk kepentingan umat Islam bahkan untuk kemaslahatan kufur dan kaumnya”¦”


ERA PASCA OTHMANIYYAH

Di ambang kejatuhan kerajaan Othmaniyyah, perjuangan Imam Syamil di Daghistan menentang Russia turut menghadapi konspirasi golongan Syiah yang sentiasa menjadi gunting di dalam lipatan. Mereka akan sentiasa berpihak kepada kuasa yang dirasakan boleh menang dan menjamin kepentingan Syiah.Hal ini menjadi lebih kronik selepas perjanjian Sykes-Picot ditandatangani pada 16 Mei 1916. Tanah air umat Islam yang dirampas dari Khilafah Othmaniyyah telah di”™faraidh”™kan oleh Britain dan Perancis mengikut kehendak mereka. Peta-peta sempadan negara baru dilukis dengan mengambil kira strategi yang diyakini boleh mengekalkan kelemahan umat Islam. Bangsa Kurdi sinonim dengan Salahuddin al-Ayyubi berserta rekod bersih mereka terus setia bersama kerajaan Othmaniyyah, telah ditempatkan sebagai kaum minoriti di semua negara. Sykes-Picot telah melukis peta secara bengkang bengkok supaya bangsa Kurdi menjadi kaum minoriti di Turki, Syria, Iraq, Iran dan Armenia. Ini akan melemahkan mereka dan membolehkan pengaruh mereka dibunuh.Malah sejumlah besar penganut Syiah menjadi penduduk Iraq yang Sunni dan begitu juga, Ahli Sunnah menjadi warga Iran yang didominasi oleh Syiah. Semuanya bertujuan untuk melemahkan umat Islam sedunia.Namun Syiah terus berkembang dengan sikap pragmatik mereka, turut memainkan peranan yang penting sehingga tercetusnya peperangan Pakistan Barat dan Pakistan Timur pada tahun 1971.


ERA REVOLUSI IRAN

Tahun 1978 / 1979 telah menyaksikan kebangkitan besar-besaran pengaruh Syiah di bawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menjatuhkan kepimpinan diktator Shah Iran, Muhammad Reza Pahlavi. Pengisytiharan Khomeini terhadap penubuhan Republik Islam Iran bagi menggantikan kerajaan Shah Iran, dilihat oleh dunia sebagai pencetusan suatu momentum besar terhadap kebangkitan semula kuasa Islam di dunia.Namun, penelitian yang dibuat terhadap Republik Islam Iran telah memperlihatkan realiti yang berbeza. Ia adalah sebuah kebangkitan yang amat khusus mewakili kelompok Syiah Imamiah semata-mata tanpa sebarang perkongsian visi dan misi dengan Sunni.Al-Marhum Said Hawwa yang memimpin gerakan Islam di Syria telah berkunjung ke Iran untuk bertemu sendiri dengan Khomeini dan meneliti sejauh mana Khomeini serius di dalam usahanya membebaskan bumi Palestin yang terjajah. Akan tetapi, hakikatnya adalah sangat mengejutkan. Bagi Said Hawwa, Khomeini dan Revolusinya itu, hanyalah lanjutan kepada makar Syiah yang dusta. Sekembalinya beliau dari Iran, Said Hawwa telah menulis sebuah makalah bertajuk al-Khomeiniyyah ““ Syudzuz fi Al-”˜Aqaid wa Al-Mawaqif (Khomeinisma: Keganjilan Pada Aqidah dan Pendirian Politik). Khomeini telah melanjutkan celaan Syiah terhadap para Sahabat malah peminggiran secara berpelembagaan terhadap ajaran Ahli Sunnah dan identiti selain Syiah telah dilakukan secara terang-terangan.Said Hawwa telah menghuraikan dengan terpeinci segala perkembangan semasa golongan Syiah pasca Revolusi Iran di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki, Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur (Bangladesh), bahkan mengunjur hingga ke Afrika, semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung Khomeinisma dan apakah hakikat mereka. Catatan paling hitam peperangan Iran ““ Iraq telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau berkenaan.Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan, bahkan dengan Israel dan Soviet Union. Said Hawwa menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya.Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan Umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke arah kepentingan Syiah semata-mata. Penampilan proses perlaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar negara.Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api. Di suatu masa, Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin tetapi di dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan memberikan kemaslahatan kepada mereka.


PERTEMBUNGAN DI MASA HADAPAN

Sikap luar biasa Syiah yang memperlihatkan kecurigaan di sepanjang zaman tidak memungkinkan kita untuk meletakkan sebarang harapan dan simpati. Malah perkembangan di Iraq pasca serangan Bush dan penggantungan Saddam, mendedahkan kepada kita betapa lunaknya Syiah dengan sebarang peluang yang membolehkan mereka berkuasa, walaupun di atas kebinasaan orang lain.Hal ini bakal menyulitkan lagi usaha untuk tidak mengaitkan Iran dengan fitnah umat Islam di akhir zaman kerana hadith ke 2944 di dalam Sahih Muslim menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:“Dajjal itu akan keluar dengan diikuti bersamanya Yahudi dari Esfahan (sebuah wilayah di Iran) seramai 70 ribu, mereka itu memakai Tayalisah (jubah-jubah yang besar)”.Apakah kesudahan pengkhianatan Syiah terhadap Ahli Sunnah? Semuanya di dalam pengetahuan Allah. Namun, untuk melihat mereka sebagai sandaran harap, tiada catatan sejarah yang menyokong, malah apa yang berlaku adalah sentiasa sebaliknya.Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada kekeliruan di zaman yang serba mencabar ini.ABU SAIF

Sumber artikel : http://saifulislam.com/?p=29
Bacaan tambahan : http://saifulislam.com/?p=225

" Kita Sayangkan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah, TETAPI kita cintakan juga Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Usman... Ahli Bayt Nabi Muhammad SAW bukan pada jalur Saidina ALi dan Saidatina Fatimah semata,Saidina Umar dan Saidatina 'Aisyah serta yang lain juga ahlil Bayt Baginda yang disanyangi.."