Monday, August 2, 2010
SURAT BUAT PERDANA MENTERI
Kediaman Perdana Menteri
Sri Perdana
Putrajaya
Buat Dato Sri yang sedang bercuti
bercuti pula diluar Negeri
Doa semoga Diselamat Ilahi
bahagia bersama anak isteri
Dato Sri yang sedang bercuti
bercuti dimana tidak diketahui
sedang rakyat susah sana sini
dato pula bercuti diluar negeri
Cuti2 malaysia kempen diberi
rakyat jelata jangan membaziri
Semua ada di malaysia ku cintai
tapi dato sri Bercuti diluar Negeri
tatkala dato sedang romantis bercuti
hadiah 5 dlm 1 telah diberi
Minyak gula dan gas ditarik subsidi
kateNya, bukan harga dinaiki
tapi penyelarasan subsidi
rakyat kampung diam sepi
memikir apa makna penyelarasan subsidi
sedang kabinet terseyum hepi
rakyat telah ditipu
sedang PM bercuti diluar neger
FDI merudum diam la diri
tibe2 adik dato sri bagi pendapat sndiri
apa dia tau hanya ceo CIMB
nk jadi juru ckp dato sri
Kepimpinan dinasti najib al maliki
tembelang PKFz sudah dijumpai
Cina MCA kepala pencuri
sedang Umno ditipu lagi
rakyat pula terus dibodohi
tapi dato sri bahagia bercuti
Bercuti pula di luar negeri
Sedang PAS DAP bersatu hati
Umno terus mencemburui
Perpaduan Melayu jadi misi
tapi PAS serik ditipu lagi
Sedang rakyat sengsara hati
merasa tawarNya kopi
naik basikal mencari rezeki
dapur kayu membakar api
Sedang Dato Sri pergi bercuti
Curi pasir menjadi-jadi
Selangor penang ditunding jari
apabila sudah kaya sikroni
maka RTM tv3 mula mensengsasi
sedang ini projek Umno beri
rakyat tersilap marah PKr DaP
Pening Sudah rakyat memerhati
Sosial ekonomi tak menajadi
termenung lah mak cik siti
menunggu pencen arwah suami
300 sebulan mengigit jari
rakyat terus memerhati
melihat kerakusan kabinet dato Sri
gila talak tidak sudah lagi
cukup perak, penang selangor dimimpi
tapi rakyat tidak bodoh lagi
dato sri pergilah bercuti
Pulang nanti membawa isteri
jangan dilupa duit rakyat beri
akan dituntut suatu hari nnti
untung rugi tanggung sendiri
jangan dikata rakyat tak mengenang budi
Wahai perdana menteri dato seri..
jasaMu ku kenang sampai kemati
tukar kerajaan bkn kerana sakit hati
Tapi amalan demokrasi jadi tradisi
cukuplah parti perdana menteri
cap Kopi kapal api tidak diminati
Kerajaan Baru bakal dinanti
kita lihat dan perhati
revolusi dan transformasi bakal direalisasi
malaysia tercinta terus memacu ekonomi
Sekian dari suara hati
jangan disekat dgn akta menteri
Moga terus kekal Ukhuwah ini
Salam Revolusi dari rakyat dato sri
Pakatan rakyat membawa transformasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment