Saturday, January 28, 2012

" Mahasiswa pasca 1971 adalah mahasiswa yang pemalu "


'' Arghhh !! ini hak kami untuk bersuara !! " Pekik mereka yang dirasakan terkongkong dengan aturan ciptaan manusia. Semenjak tahun 1971 sejak AUKU diperkenalkan. Gerakan-gerakan dan kumpulan-kumpulan mahasiswa tidak putus saban tahun dan ketika berjuang untuk mengembalikan hak mereka untuk bersuara.Seorang pensyarah di sebuah Kolej Swasta di Ipoh pernah berkata pada saya :

" Mahasiswa pasca 1971 adalah mahasiswa yang pemalu "

Islam tidak pernah menghalang atau menyekat sesiapa untuk bersuara. Hatta Nabi Muhammad SAW sendiri menggunakan SUARA sebagai salah satu instrument dalam menyampaikan agenda Dakwah yang menjadi agenda kita bersama. Dalam kitab-Kitab sirah antaraNya kitab sirah الرحيق المختوم (Bukti Kenabian) melakarkan kisah Nabi Muhammad tatkala mendapat perintah menyebarkan ISLAM secara terang-terangan :

صعد النبي صلى الله عليه وسلم على الصفا
، فجعل ينادي : يا بني فهر ، يا بني عدي ، لبطون قريش ، حتى اجتمعوا ، فجعل الرجل إذا لم يستطع أن يخرج أرسل رسولا لينظر ما هو ، فجاء أبو لهب وقريش ،فقال:(أرأيتكم لو أخبرتكم أن خيلا بالوادي تريد أن تغير عليكم أكنتم مصدقي). قالوا : نعم ، ما جربنا عليك إلاصدقا،
(قال : ( فإني نذير لكم بين يدي عذاب شديد ) ( فقال أبو لهب : تبا لك سائر اليوم ، ألهذا جمعتنا

" Maka Rasulullah pun segera ke bukit Safa dan menyeru dengan katanya: Wahai Bani Fihr, Bani Aud, keluarga keturunan Quraisy, hingga dengan itu maka berkumpullah mereka semua, hingga kalau ada yang tidak dapat keluar, mereka menghantar wakilnya untuk mengikuti apakah yang berlaku. Abu Lahab dan sekelian Quraisy pun datang disitu. Rasulullah berkata: Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apa
kah kamu boleh percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu. Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu! Maka kata Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua,"

الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 4770 **
[ خلاصة حكم المحدث : صحيح] [ الرحيق المختوم

Hadis ini cukup untuk mencerminkan bahawa Islam memberi ruang dan peluang untuk kita menyampaikan sesuatu perkara yang baik walaupon perkara itu kadang-kala dibenci oleh sesetengah golongan.Tindakan Rasulullah naik ke bukit Safa juga boleh dilihat peripentingnya usaha untuk menyampaikan kenyataan walaupon dengan beberapa patah perkataan agar keadilan dan hak itu ditunaikan.Demonstrasi Rasulullah di saat itu menjadi titik mula kepada musim pemboikotan Arab Quraisy terhadap umat Islam. Mehnah tribulasi yang dihadapi baginda,keluarga dan para sahabat bukanlah pemati kepada amanah dan usaha, Suara pemula dari bukit Safa itu terus dinyaringkan sehingga ke Thoif & Habsyah. Suara itu Diterima Ditolak bukan sasaranNya.Tetapi suara itu SAMPAI adalah agendaNya !

AsasNya begitu, ISLAM adalah agama yang tidak pernah menyekat sesiapa untuk bersuara dan menyampaikan pandangan, Oleh hal yang demikian itu, UmmatNya seharusNya menjadi insan-insan yang terbuka untuk menilai dan menerima sebarang suara selagi ia dalam lingkungan adab dan akhlak.

" Mahasiswa di Malaysia selalu disekat suaraNYA dengan AUKU dan sekatan Undang2 Ciptaan Manusia.Tetapi Mahasiswa di Luar Negara selalu disekat suaraNYA dengan salah tafsiran dalil & buta menilai fakta.."
Status Facebook : 28 Januari 2012/2 Petang Jordan

Terlalu rakus menilai isu kadang-kala menyebabkan kita akan tergelin
cir dari isu yang sebenar, Apabila gagal menilai isu,maka dalil yang ingin diutarakan selalunya akan tersasar. Dalam artikel yang lalu, saya cuba membuat penjelasan terhadap isu atas fakta dan sumber yang tepat. Pelbagai kritikan melulu yang saya dapat.ada yang saya hormati ada yang saya senyum senang hati,tiada kurang yang memaki mencaci.Saya terima semuanya dengan hati yang terbuka kerana saya hanya membuat penjelasan.Bukan tuduhan atau makian.Pelbagai dalil yang dimainkan sehingga ada dalil-dalil yang tiada langsung boleh dinisbahkan atas perkara yang dibincangkan.Walaubagaimana pon terima kasih atas komentarNya.




SINERGI & KOMPREHENSIF

Sinergi dan Komprehensif adalah dua perkara yang perlu berpadu beringan bersama. Tiada guna hanya sinergi sahaja andai ia tidak mampu mengaitkan sesuatu tugas secara bersama. Tiada guna komprehensif jika membuat kerja keseorangan

dan menafikan sumbangan orang lain.

Apalah guna miliki taring sehebat Helang..
Andai sebelah sayap sahaja ingin mengapai awan..
Apalah guna miliki kekuatan sehebat badang..
Andai tahu mengkritik kawan mengampu lawan..



Thursday, January 26, 2012

ISMA-PRISMA & Mohd Malek



Perjalanan mencari satu jawapan pada ribuan persoalan telah berakhir. 3 hari 3 malam ulang-alik dari Mafraq ke Aqobah sebanyak 4 kali dirasa belum cukup untuk membina momentum dan sinergi membina ide-ide Rabbaniah. Benarlah pepatah arab mengatakan :

النص ينتهي والأقضية لا تنتهي
(Nas sudah berakhir dan masalah-masalah mendatang tidak akan berakhir)

Saya cuba mencari satu solusi atau konklusi pada persoalan Palestin, 3 malam saya termenung melihat langit sebelah sempadan sana. Adakah langit di sana lebih biru atau lebih kelabu dari langit disempadan sebelah sini.Dibawah kibaran bendera Palestin (simbolik kesatuan arab menyokong palestin) saya cuba memahami apakah justifikasi sebenar dalam perjanjian damai 26 Oktober 1994 antara Jordan dengan Israel. Saya sempat bersembang dengan salah seorang askar daripada 55 ribu askar Jordan yang terlibat dalam peperangan Arab-Israel 1967 atau dikenali sebagai حرب الأيام الستة (Peperangan Enam Hari). Beliau menceritakan sambil memandang Israel, Perjanjian damai antara Jordan dengan Israel bukanlah satu kerelaan Jordan.

Tetapi dia yakin dan percaya bahawa pemerintah Jordan dalam keadaan terpaksa menerima perjanjian damai itu. Perjanjian Damai itu bukanlah satu pengiktirafan mutlak Jordan terhadap Israel tetapi hanya satu penghormatan kepada Plan of Partition with Economic Union atau Resolution 181 PBB (29 November 1947). Tetapi Jordan tidak sesekali menerima dan mengiktiraf tertegaknya negara Israel Raya seperti mana yang Yahudi Zionis idam-idamkan. Buktinya apabila dilihat di bandaraya Aqobah sendiri. bendera Palestin berkibar megah membawa simbolik kesepakatan menyokong Palestin.Hubungan Diplomasi Jordan-Israel juga menjadi tempat jaminan bagi pelarian Palestin mahupon tahanan aktivis-aktivis keamanan persis kejadian 30 Mei 2010 ( MV Mavi Marmara ). Secara mudahnya, penjanjian damai Jordan Israel bukanlah satu simbolik pengiktirafan rakyat Jordan terhadap Israel,Rakyat Jordan akan tetap mendokong perjuangan kemerdekaan Palestin.InsyaAllah.

ISMA – PRISMA – MOHD MALEK

Mohd Malek tak ada kaitan dengan saya dan saya malas untuk mengomen tentangNya,Semoga Allah rahmati empunya FB. Sedang saya termenung mengkaji dan memikir tentang Palestin 1948, Saya menerima jujukan masej yang terus membuat saya tersenyum. Mesej berkaitan ISMA kecewa dengan tindakan PRISMA yang tidak memberi kerjasama dalam program ROQS’12 yang akan diadakan pada 27 Januari 2012.Mesej itu saya terima kerana saya adalah salah seorang ahli mesyuarat pada 20 Januari yang menimbulkan perihal ISMA. Seperti yang dikatahui mesyuarat pada hari itu membabitkan bukan sahaja AMT dan Exco malah turut dihadiri oleh Pengerusi Mentor Council (MECO) & timbalannya, Pengarah Prisma Creative Media (PCM) & timbalannya,Pengerusi Kelab Orator & timbalannya serta Pengerusi J/K Bayt Prisma. Kesempatan ini juga saya mengucapkan Tahniah pada Presiden Prisma Ust Fikri Khusany atas satu keterbukaan untuk mendengar pandangan dan idea-idea untuk kebaikan PRISMA di fasal thani. Solidariti itu amat diperlukan demi menjana realitas “PRISMA United”. Kembali kepada isu ISMA kecewa dengan PRISMA, Saya terpanggil untuk menjelaskan bahawa saya sebagai ahli Prisma (No Keahlian PA 10014) yang KECEWA dengan ISMA. Saya masih lagi teringat dengan program ROQS yang diadakan semasa sesi PRISMA 2009/2010 sewaktu Ust Nasir Tambi Chik menjadi Presiden.Tatkala itu saya menjadi salah seoarang AJK ROQS untuk kawasan Mafraq. Saya amat-amat mendokong dan teruja bukan sahaja menghadiri malah untuk memastikan program ROQS ini benar-benar dihayati oleh mahasiswa mahasiswi di Mafraq. Jika dulu, program ROQS tidak mengatasnamakan ISMA. Seingat saya mereka hanya mengatasnamakan entiti AMAN PALESTIN & PRISMA. Tiada masalah yang terjadi malah sambutan juga amat baik. Tidak seperti yang terjadi pada hari ini terutama di Mafraq. PRISMA mengambil pendekatan yang serupa dengan sesi 2009/2010 iaitu memberi pilihan garis panduan kepada ISMA IRBID (saya lebih suka mengguna ISMA IRBID kerana ISMA bukan ada disemua Mantiqah). Hasil mesyuarat (Turut hadir ahli ISMA yang memegang jawatan AMT PRISMA) pada 20/1/2012 menetapkan pilihan .1) Program tidak menggunakan Nama ISMA tetapi hanya mengguna nama MPPMJ & buat di Bayt Prisma . ATAU 2) Program tidak mengguna nama ISMA tetapi mengunakan nama Exco Pembangunan Insan dan Ideologi PRISMA dan buat di Bayt Prisma. NAMUN ISMA boleh mengaddresskan penceramah adalah dari ISMA Malaysia. Namun pada 25 Januari 2012 saya mendapat makluman bahawa ISMA menolak kedua-dua pilihan garis panduan terbabit dan akan membuat program sendiri tanpa perlukan PRISMA di Mafraq.

Tiada niat dihati untuk menghentam tidakan mereka yang dilihat melanggar hak dan ketetapan tuan rumah. Tetapi adab dan akhlak masuk ke kampong orang harapnya dapat dipertingkatkan. Saya juga tertarik dengan satu status dakwaan mengatakan PRISMA tidak mahu memberi kerjasama.Sebagai ahli saya yakin dan pasti PRISMA sentiasa komited & terbuka dalam membuat rundingan dengan semua pihak. Hatta tarikh 27/1/2012 juga adalah tarikh cadangan yang diberikan PRISMA kepada pihak ISMA untuk mengadakan ROQS di Mafraq. Tetapi dek kerana sedikit permintaan PRISMA untuk tidak menggunakan lambang ISMA, PRISMA terus dikecam dan diperli atas isu “Tidak Memberi Kerjasama”. Sebagai Ahli Prisma dan bekas AJK ROQS’09/10(Mafraq) saya merasakan ini satu ketidakhormatan ISMA pasca pengiktirafan EMJ & MPPMJ kepada pihak PRISMA. Keterbukaan PRISMA dipermainkan dan di ajar oleh adik yang baru lahir. Jika semasa menjadi anak tidak sah taraf, ISMA boleh memberikan satu kerjasama dan penghormatan pada PRISMA.Mengapa tidak pada hari ini pasca pengesahan taraf. Sewaktu mesyuarat hari itu, saya bersama timbalan pengerusi Kelab Orator tetap mempertahankan program ROQS mesti diadakan di Mafraq demi proses pembinaan fikrah ahli Prisma. Tetapi pasca pelanggaran ISMA pada pilihan garis panduan PRISMA saya agak malu untuk mempertahankan program ISMA terbabit. Jika sewaktu mesyuarat itu saya tahu adanya ahli mesyuarat ahli ISMA,pasti saya akan terus tanya pandangannya secara professional.Tapi apakan daya, Diam di dapur tetapi Riuh rendah di dalam kelambu.

Persis isu Jordan-Israel. (saya tidak membawa maksud ISMA adalah Israel) Saya mengambil contoh diplomasi yang dibuat. Saya yakin dan percaya, adanya ISMA dibawah MPPMJ tetap akan membawa faedah kepada ahli MPPMJ. Tetapi bukanlah bermakna ahli MPPMJ khususnya bahagian PRISMA mengiktiraf ISMA secara mutlak. Oleh hal yang demikian itu, diharap sahabat-sahabat yang bertanyakan khabar dan khususnya ahli kelab Orator Prisma jelas akan hal terjadi.InsyaAllah Saya sebagai pengerusi Kelab Orator Prisma tetap menyokong Program ROQS tetapi atas kekecewaan ini, saya tidak menyuruh atau menghalang kepada Oratorian untuk pergi menghadiri program terbabit. Kita tidak membawa Nama entiti kerana apa yang lebih penting adalah kesatuan kita dan Nama ISLAM. Saya pernah mendengar analogi atau point besar pengiktirafan ISMA : MPPMJ/PRISMA hanya ada di Jordan, tetapi tiada di Malaysia,ISMA di Malaysia ada di Jordan ada. Saya menjawab. ISMA,MPPMJ PRISMA hanya ada di DUNIA tetapi tiada di AKHIRAT Tetapi ISLAM ada di DUNIA ada di AKHIRAT.Oleh itu bawalah AGENDA ISLAM nescaya kita akan maju kehadapan. Dalam kita membawa agenda ISLAM, JAGAlah adab & akhlak. InsyaAllah.


Salahuddin Al Ayubi : Seoarang yang berakhlak dalam peperangan
dan beradap dalam bermasyarakat.

"Searching For Salahuddin"