Laungan Azan dan iqomah sibapa menerjah ruang sepi kamar itu.Senyuman Ibundamelupakan kesakitan tadi.satu episode drama insan baru saja bermula.Senyuman dan riangnya seisi keluarga menyambut kelahiran baru manusia.Antara impian dan cinta diberi sepenuh hati.itulah reaksi dan kelibat mereka dan kita nanti.Kelahiran agong 1484 tahun yang lalu adalah titik tolak revolusi dan transformasi minda dan jasad manusia.Hidayah dan rahmat yang dibawa telah mengeluarkan manusia dari lembah kehinaan.kata-kata Abdul Mutalib “ Sambutlah Muhammad dengan nama Allah tuhan sekalia alam” telah diwarisi kita. Allahuakhbar! Pecahlah lapisan selaput di telinga si bayi dengan nama Allah yang telah diciptakan.Moga kasih Abadi cinta Allah terus tersemat disanubari bayi yang dilahirkan. Itu pemulaan kehidupan kita.
Meningkat membesar dangan asuhan dan kasihya ibu bapa membelai dan memanja si anak tidak penah luntur.Diceritakan sifat-sifat Ar Rahman Ar Rahim. Sianak yang masih baru mengenal dunia.tersenyum riang menampakkan gigi putih seputih hati yang harus dicoretkan.Kisah datangnya jibrail menyuci hati rasulullah Al Amin dalam ingatan.Lalu diusap dada si anak dengan lembut mendoakan kemuliaan dan darjat yang tinggi di sisi Allah.Moga Anak ibu menjadi anak yang soleh..berkata hati kecil si ibu dengan senyuman si bapa..Masa terus berlalu,mencipta manis tawar kehidupan.dalam kesibukan si ibu dan kepenatan sibapa mencari rezeki dunia keberkatan akhirat,
Bertuah aku rasa mendapat warden dan Seorang murabbi yang sehebat ust Faisal B abd Rahman.Dalam kerendahan diri dan peribadi beliau lah seorang ayah abg dan kawan setia memberikan panduan dan kekuatan untuk aku melatih diri ini dahulu..JasaMu akan ku kenang selalu...=)
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Selawat serta salam dipanjatkan buat kasih junjungan besar Muhammad saw. Juga para sahabat dan tabien. Moga-moga berada di dalam keberkatan dan kesinambungan kebaikan yang berkekalan.
Memulakan kehidupan baru di luar Tanah Air Malaysia adalah mengundang pengalaman baru serta persiapan yang rapi agar keselesaan dan kemampuan meneruskan kehidupan dapat di selaraskan. Apatah lagi hidup di luar Negara untuk mengejar cita-cita belajar dan berjaya dalam karier.
Sama seperti Negara-negara Arab yang lain, Jordan juga sebuah Negara Islam yang menjadi tujuan dan destinasi pelajar-pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka ke sini. Antara destinasi lain selain Jordan yang juga menjadi tumpuan pelajar-pelajar Malaysia adalah Mesir, Morocco, Yaman, Syria dan Arab Saudi.
Walaupun Jordan tidak tergolong di dalam negara-negara Arab yang maju, tetapi ia di antara Negara yang mempunyai nilai mata wang yang tinggi, kerana itulah, mahasiswa yang bakal melanjutkan pelajaran mereka di sini perlu menyiapkan diri dengan pengurusan diri serta kewangan yang secukupnya supaya kehidupan dan pembelajaran mereka di sini tidak akan terganggu.
Sehubungan itu, PRISMA mengambil langkah inisiatif bagi memudahkan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran mereka di sini dengan merangka sedikit-sebanyak panduan serta kos sara hidup yang perlu dilengkapi oleh seiap mahasiswa. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua.
SENARAI KEPERLUAN
A.SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN OLEH PERSATUAN
i.Gambar berukuran Pasport – 20 keping
ii.Salinan (photostate) Pasport – 10 helai
iii.Terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang asli– 3 helai
iv.Terjemahan Sijil Lahir yang asli – 3 helai
v.Salinan i/c @ sijil lahir sendiri, ibu bapa,adk beradik (bagi urusan zakat bagi yang datang secara private)
B.KEPERLUAN ASAS DIRI (PERIBADI)
-lelaki
i.Baju sejuk (sekurang-kurangnya dua (2) helai)
ii.Baju Batik (Untuk tujuan majlis-majlis rasmi)
iii.Baju Melayu sepasang (untuk tujuan Majlis-majlis rasmi)
iv.Koat Hitam atau gelap (untuk tujuan majlis-majlis rasmi – boleh juga dibeli di Jordan)
v.Baju Kemeja / T-shirt sopan (pakaian ke Kuliah)
vi.Kasut Kulit (untuk tujuan majlis-majlsi rasmi)
vii.Jubah atau pakaian solat lain (sekurang-kurangnya 2 helai)
-Perempuan
i.Baju sejuk (sekurang-kurangnya dua (2) helai)
ii.Baju kurung / Jubah (pakaian ke kuliah)
iii.Pakaian biasa dalam rumah (t-shirt, seluar, baju tidur, etc)
iv.Tudung (sekurang-kurangnya tiga (3) helai)
v.Stokin kaki dan tangan
vi.Telekung (2 helai), dan sejadah
vii.Blazer hitam/gelap (untuk tujuan majlis-majlis rasmi-boleh juga dibeli di Jordan)
viii.Kasut hitam (untuk tujuan majlis-majlis rasmi)
C.KEPERLUAN MAKANAN
i.Perencah makanan segera utama seperti serbuk kari, serbuk kurma, serbuk sup,serbuksantan, serbuk kunyit dan lain-lain rempah yang biasa digunakan untuk memasak.
ii.Perencah masakan segera seperti nasi goreng, tom yam dan lain-lain.
iii.Makanan segera dan kering untuk persediaan hari raya.
D.UBATAN
i.Ubatan peribadi seperti lelah dan lain-lain pil (kepada yang mempunyai sakit-sakit yang serius,disarankan menyediakan ubatan peribadi dalam kuantiti yang secukupnya)
iPil-pil seperti Panadol, Ubat batuk, Minyak Angin dan lain-lain boleh diperolehi di sini.
E.PERSEDIAAN BELAJAR
i.Alatan Tulis
ii.Kamus Rujukan ( Bahasa Melayu – Bahasa Arab,Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu )
iii.Buku-buku rujukan terjemahan seperti Fiqh Manhaji,hadis40 dan Tafsir Al-Quran (versi melayu)
iv.Buku-buku rujukan sekolah menengah /IPTA yang berkaitan seperti kitab-kitab pengajian syariah dan nota-nota nahu.
v.Naskhah Al-Quran boleh didapati di sini dengan mudah dan harga yang murah
(Lampiran C)
SENARAI KEPERLUAN BAYARAN
A.BAYARAN URUSAN PERSATUAN
Bil:
Perkara:
Anggaran
Jumlah:
1.
Urusan Iqomah (pengesahan pelajar termasuk medical check-up)
JD 23
JD 30.00
2.
Yuran Persatuan
JD 3
3.
Imtihan Kafaah (peperiksaan percubaan)
JD 1
4.
Yuran Badan Kebajikan
JD 3
·JD1 bersamaan = RM5
B.BAYARAN PENDAHULUAN UNIVERSITI
Bil:
Perkara:
Anggaran
Jumlah:
1.
Urusan Mua’dalah + (pengurusan)
JD 15 + JD 1
JD 455.00
2.
Markaz Bahasa (yuran bagi 1 fasal)
JD 300
3.
Pendaftaran Universiti (tahun pertama)
JD 79
4.
Imadah (tahun pertama)
JD 30
5.
Subjek ( Yuran 1 subjek bagi yang berjaya masuk ke university)
JD 30
·JD 1 bersamaan = RM5
C.BAYARAN TAMBAHAN
Bil:
Perkara:
Anggaran
Jumlah:
1.
Pengangkutan ambil di lapangan terbang
Tertakluk kepada kenderaan
Jumlah akan diberitahu selepas pendaftaran persatuan
2.
Makanan (disediakan untuk semua pelajar baru selama seminggu)
JD 14
(Lampiran D)
KOS SARA HIDUP
A.KOS PENGAJIAN DI UNIVERSITI
Bil:
Perkara:
Anggaran
Jumlah:
1.
Yuran Subjek ( 1 subjek = 3 jam kredit)
·Setiap fakulti / takhassus (usul fiqh / usuluddin / bahasa) mempunyai lebih kurang 46 subjek)
JD 30 (satu subjek)
JD 90.00
2.
Yuran Universiti (bayaran untuk satu semester wajib – 4 bulan)
JD 30
3.
Yuran Universiti (bayaran untuk semester pendek short sem – 2 bulan lebih)
JD 30
·JD 1 bersamaan = RM5
B.KOS KEHIDUPAN
Bil:
Perkara:
Anggaran
Jumlah:
1.
Sewa rumah hidup di Luar universiti (kos bagi sebulan – termasuk bayaran elektrik dan air)
JD 40 (seorang)
JD 110.00
(kos hidup diluar)
L:JD 90.00
P: JD 40.00
(kos hidup di asrama)
2.
Makan dan minum (kos sebulan memasak)
JD 2 x 30 hari = JD 60
JD 11 = sebulan (perempuan, asrama)
3.
Jika menetap di asrama university (termasuk bayaran air, elektrik, dan gas)
JD 30 (seorang) sebulan
JD 105 (seorang) satu semester (perempuan)
4.
Kos internet (jika menggunakan internet bagi pelajar yang hidup di luar universiti)
Bergantung kepada bilangan perkongsian.
5.
Tambang bas ke Universiti (bagi yang duduk di luar university)
JD 0.400 x 25 hari
= JD 10
C.KOS SARA HIDUP TAMBAHAN
Bil:
Perkara:
Anggaran
Jumlah:
1.
Katil, tilam dan bantal
JD 50
JD 160.00
2.
Meja belajar / study
JD 10
3.
Almari pakaian (kayu)
JD 35
4.
Sobah gas (pemanas bilik gas)
JD 50
5.
Rak buku dan kitab-kitab (besi)
JD 15
·
Kos sara hidup bergantung kepada penempatan dan keperluan yang dipilih oleh pelajar sendiri. Jadual di atas hanyalah panduan secara umum dan kasar. Jadual juga menggambarkan bajet untuk satu bulan sahaja.
·Jadual di atas adalah perbelanjaan tambahan bagi pelajar yang duduk di luar universiti. Keperluan rumah seperti kuali, gas, alatan memasak, pinggan, cawan, sudu-sudu, ampaian baju dan lain-lain tidak termasuk di dalam bajet di atas dan perlu dicari sendiri oleh pelajar.
·Pelajar-pelajar yang baru tiba di Jordan adalah diwajibkan untuk tinggal di asrama universiti bagi tahun pertama untuk memudahkan segala pengurusan dan menjimatkan kos perbelanjaan. Pada tahun berikutnya pelajar diberi pilihan samada untuk terus menetap di asrama atau di luar.
Disediakan Oleh:
Persatuan Mahasiswa Malaysia Al-Albayt (PRISMA )