Friday, April 16, 2010
SYUKRAN UST FAISAL ATAS DIDIKANMU
TENTANG AHLIL BAYT UNIVERSITI
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Selawat serta salam dipanjatkan buat kasih junjungan besar Muhammad saw. Juga para sahabat dan tabien. Moga-moga berada di dalam keberkatan dan kesinambungan kebaikan yang berkekalan.
Memulakan kehidupan baru di luar Tanah Air
Sama seperti Negara-negara Arab yang lain,
Walaupun Jordan tidak tergolong di dalam negara-negara Arab yang maju, tetapi ia di antara Negara yang mempunyai nilai mata wang yang tinggi, kerana itulah, mahasiswa yang bakal melanjutkan pelajaran mereka di sini perlu menyiapkan diri dengan pengurusan diri serta kewangan yang secukupnya supaya kehidupan dan pembelajaran mereka di sini tidak akan terganggu.
Sehubungan itu, PRISMA mengambil langkah inisiatif bagi memudahkan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran mereka di sini dengan merangka sedikit-sebanyak panduan serta kos sara hidup yang perlu dilengkapi oleh seiap mahasiswa. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua.
SENARAI KEPERLUAN
A. SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN OLEH PERSATUAN
i. Gambar berukuran Pasport – 20 keping
ii. Salinan (photostate) Pasport – 10 helai
iii. Terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang asli – 3 helai
iv. Terjemahan Sijil Lahir yang asli – 3 helai
v. Salinan i/c @ sijil lahir sendiri, ibu bapa,adk beradik (bagi urusan zakat bagi yang datang secara private)
B. KEPERLUAN ASAS DIRI (PERIBADI)
- lelaki
i. Baju sejuk (sekurang-kurangnya dua (2) helai)
ii. Baju Batik (Untuk tujuan majlis-majlis rasmi)
iii. Baju Melayu sepasang (untuk tujuan Majlis-majlis rasmi)
iv. Koat Hitam atau gelap (untuk tujuan majlis-majlis rasmi – boleh juga dibeli di Jordan)
v. Baju Kemeja / T-shirt sopan (pakaian ke Kuliah)
vi. Kasut Kulit (untuk tujuan majlis-majlsi rasmi)
vii. Jubah atau pakaian solat lain (sekurang-kurangnya 2 helai)
- Perempuan
i. Baju sejuk (sekurang-kurangnya dua (2) helai)
ii. Baju kurung / Jubah (pakaian ke kuliah)
iii. Pakaian biasa dalam rumah (t-shirt, seluar, baju tidur, etc)
iv. Tudung (sekurang-kurangnya tiga (3) helai)
v. Stokin kaki dan tangan
vi. Telekung (2 helai), dan sejadah
vii. Blazer hitam/gelap (untuk tujuan majlis-majlis rasmi-boleh juga dibeli di Jordan)
viii. Kasut hitam (untuk tujuan majlis-majlis rasmi)
C. KEPERLUAN MAKANAN
i. Perencah makanan segera utama seperti serbuk kari, serbuk kurma, serbuk sup,serbuksantan, serbuk kunyit dan lain-lain rempah yang biasa digunakan untuk memasak.
ii. Perencah masakan segera seperti nasi goreng, tom yam dan lain-lain.
iii. Makanan segera dan kering untuk persediaan hari raya.
D. UBATAN
i. Ubatan peribadi seperti lelah dan lain-lain pil (kepada yang mempunyai sakit-sakit yang serius,disarankan menyediakan ubatan peribadi dalam kuantiti yang secukupnya)
i Pil-pil seperti Panadol, Ubat batuk, Minyak Angin dan lain-lain boleh diperolehi di sini.
E. PERSEDIAAN BELAJAR
i. Alatan Tulis
ii. Kamus Rujukan ( Bahasa Melayu – Bahasa Arab,Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu )
iii. Buku-buku rujukan terjemahan seperti Fiqh Manhaji,hadis40 dan Tafsir Al-Quran (versi melayu)
iv. Buku-buku rujukan sekolah menengah /IPTA yang berkaitan seperti kitab-kitab pengajian syariah dan nota-nota nahu.
v. Naskhah Al-Quran boleh didapati di sini dengan mudah dan harga yang murah
(Lampiran C)
SENARAI KEPERLUAN BAYARAN
A. BAYARAN URUSAN PERSATUAN
Bil: | Perkara: | Anggaran | Jumlah: |
1. | Urusan Iqomah (pengesahan pelajar termasuk medical check-up) | JD 23 | JD 30.00 |
2. | Yuran Persatuan | JD 3 | |
3. | Imtihan Kafaah (peperiksaan percubaan) | JD 1 | |
4. | Yuran Badan Kebajikan | JD 3 |
· JD1 bersamaan = RM5
B.BAYARAN PENDAHULUAN UNIVERSITI
Bil: | Perkara: | Anggaran | Jumlah: |
1. | Urusan Mua’dalah + (pengurusan) | JD 15 + JD 1 | JD 455.00 |
2. | Markaz Bahasa (yuran bagi 1 fasal) | JD 300 | |
3. | Pendaftaran Universiti (tahun pertama) | JD 79 | |
4. | Imadah (tahun pertama) | JD 30 | |
5. | Subjek ( Yuran 1 subjek bagi yang berjaya masuk ke university) | JD 30 |
· JD 1 bersamaan = RM5
C. BAYARAN TAMBAHAN
Bil: | Perkara: | Anggaran | Jumlah: |
1. | Pengangkutan ambil di lapangan terbang | Tertakluk kepada kenderaan | Jumlah akan diberitahu selepas pendaftaran persatuan |
2. | Makanan (disediakan untuk semua pelajar baru selama seminggu) | JD 14 |
(Lampiran D)
A.
Bil: | Perkara: | Anggaran | Jumlah: |
1. | Yuran Subjek ( 1 subjek = 3 jam kredit) · Setiap fakulti / takhassus (usul fiqh / usuluddin / bahasa) mempunyai lebih kurang 46 subjek) | JD 30 (satu subjek) | JD 90.00 |
2. | Yuran Universiti (bayaran untuk satu semester wajib – 4 bulan) | JD 30 | |
3. | Yuran Universiti (bayaran untuk semester pendek short sem – 2 bulan lebih) | JD 30 |
· JD 1 bersamaan = RM5
B.
Bil: | Perkara: | Anggaran | Jumlah: |
1. | Sewa rumah hidup di Luar universiti (kos bagi sebulan – termasuk bayaran elektrik dan air) | JD 40 (seorang) | JD 110.00 (kos hidup diluar) L:JD 90.00 P: JD 40.00 (kos hidup di asrama) |
2. | Makan dan minum (kos sebulan memasak) | JD 2 x 30 hari = JD 60 JD 11 = sebulan (perempuan, asrama) | |
3. | Jika menetap di asrama university (termasuk bayaran air, elektrik, dan gas) | JD 30 (seorang) sebulan JD 105 (seorang) satu semester (perempuan) | |
4. | | Bergantung kepada bilangan perkongsian. | |
5. | Tambang bas ke Universiti (bagi yang duduk di luar university) | JD 0.400 x 25 hari = JD 10 |
C.
Bil: | Perkara: | Anggaran | Jumlah: |
1. | Katil, tilam dan bantal | JD 50 | JD 160.00 |
2. | Meja belajar / study | JD 10 | |
3. | Almari pakaian (kayu) | JD 35 | |
4. | Sobah gas (pemanas bilik gas) | JD 50 | |
5. | Rak buku dan kitab-kitab (besi) | JD 15 |
·
Kos sara hidup bergantung kepada penempatan dan keperluan yang dipilih oleh pelajar sendiri. Jadual di atas hanyalah panduan secara umum dan kasar. Jadual juga menggambarkan bajet untuk satu bulan sahaja.
· Jadual di atas adalah perbelanjaan tambahan bagi pelajar yang duduk di luar universiti. Keperluan rumah seperti kuali, gas, alatan memasak, pinggan, cawan, sudu-sudu, ampaian baju dan lain-lain tidak termasuk di dalam bajet di atas dan perlu dicari sendiri oleh pelajar.
· Pelajar-pelajar yang baru tiba di Jordan adalah diwajibkan untuk tinggal di asrama universiti bagi tahun pertama untuk memudahkan segala pengurusan dan menjimatkan kos perbelanjaan. Pada tahun berikutnya pelajar diberi pilihan samada untuk terus menetap di asrama atau di luar.
Persatuan Mahasiswa Malaysia Al-Albayt (PRISMA )